Sunday, September 14, 2014

KETENANGAN YANG DICARI DAN DISYUKURI... :)

Assalamualaikum...
Selamat malam...
Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik oleh Allah Taala dalam menghadapi kehidupan ini yang penuh dengan ujian-Nya.
Namun ketahuilah bahawa setiap ujian mahupun masalah yang kita hadapi sebenarnya merupakan HADIAH daripada Allah...
( Untuk penerangan yang lebih lanjut, bolehlah rujuk post saya yang lalu di bawah tajuk 'UJIAN DAN SIFAT SABAR' )

Baiklah, apa yang saya ingin kongsikan bersama anda semua pada post kali ini adalah mengenai KETENANGAN...
Ketenangan yang mana terasa nikmat jika merasainya...
Yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit...
Bahkan,
Tidak dijual dimana-mana hatta di kedai 24 jam seven eleven sekalipun...
:)
KETENANGAN atau perasaan tenang...
Sungguh beruntung bagi mereka yang dapat merasainya...
Di saat mereka...
diuji dengan 1001 ujian oleh Allah Taala...
di saat mereka lemah tidak berdaya untuk menghadapinya...

Akan tetapi,
Satu sahaja hakikat yang kita tidak dapat ubah mengenai ketenangan ini adalah...
Allah Taala adalah sebagai pemberi ketenangan yang hakiki...
:)

Alhamdulillah...
Berasa beruntunglah bagi mereka yang memperolehi ketenangan ini...
Kerana apa?
Kerana ketenangan merupakan salah satu nikmat yang patut kita syukuri...
Suatu rasa yang sangat menyenangkan dalam merawat hati yang penuh dengan kemarahan...
Suatu rasa yang sangat menenteramkan fikiran yang penuh keserabutan memikirkan masalah diri dan manusia...


TO BE CONTINUED.....


Baiklah, sampai di sini sahaja perkongsian saya pada kali ini...
Sehingga kita bertemu lagi di post yang akan datang.
Sebelum itu ingatlah,
BERSYUKURLAH DI SAAT ANDA MERASAI KETENANGAN... :)
Assalamualaikum... 

-TERIMA KASIH ALLAH-
-PRAY FOR MH370-
-PRAY FOR GAZA-














Sunday, September 7, 2014

ADA APA DENGAN KATA-KATA?

Assalamualaikum...
Selamat Pagi...
Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik oleh Allah Taala dalam menghadapi kehidupan yang penuh onak duri ini.


Baiklah, perkongsian kita pada post kali ini adalah mengenai kata-kata manusia...
Kata-kata adalah setiap apa yang diucapkan keluar daripada mereka yang bernyawa...
Adakalanya,
Apa yang keluar itu mengembirakan hati kita...
Dan...
Tak kurang juga ada yang menyinggung dan menyakitkan hati kita...

Tapi, Ingatlah...
Manusia yang bijak haruslah pandai menilai dan ambil positif serta menapis kata-kata tersebut...
Kerana...
Adakalanya kata-kata PEDIH itu boleh menjadi...
Pembakar semangat...
Pembina kehidupan...
Menuju ke arah yang lebih baik...

Kita sering berasa sedih dan marah akan kata-kata manusia yang menyakitkan hati kita...
Tapi, Ingatlah...
Jika kita boleh mempositifkan tujuan kata-kata itu...
In shaa Allah,
kesakitan yang terasa dalam benak hati akan reda...
Semuanya bermula daripada diri kita sendiri...

Tetapi,
Adakalanya...
Kita tidak dapat menerima apa yang dikatakan oleh mereka yang lain terhadap kita,
Lalu kita simpan sehingga hati mulai berdarah luka tanpa pengetahuan manusia...
Maka penyakit DENDAM mulai menyinggah menghantui diri...
Semuanya kerana kata-kata...
Oleh itu, satu sahaja nasihat saya...
Seandainya kita tidak suka mereka berkata demikian...
Maka satu sahaja cara yang terbaik adalah
MEMBERITAHU KEPADA MEREKA...
MELUAHKAN PERASAAN TIDAK SUKA AKAN KATA-KATA TERSEBUT...

Kerana saya sedari bahawa ramai di antara kita...
Hanya berdiam diri sahaja apabila kata-kata yang menyakitkan memanah hati mereka...
Kerana itu,
Ingatlah...
Kata -kata mampu menceriakan dan memberi semangat kepada kita...
Dan...
Kata-kata juga mampu membunuh hari kita...
Oleh itu, belajarlah untuk MENAPIS kata-kata...
Agar ia tidak merosakkan dalaman kita...

(macam serius je perbincangan minggu ni....)
(hehehe...)

Baiklah, sampai di sini sahaja pertemuan kita...
Jumpa lagi di post yang akan datang...

Assalamualaikum...
-TERIMA KASIH ALLAH-
-PRAY FOR GAZA-
-PRAY FOR MH370-
-AL-FATIHAH FOR MH17-

Sunday, August 31, 2014

HIDUP BERMATLAMAT


Assalamualaikum...
Selamat Malam...
Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik oleh Allah Taala dalam menghadapi hidup di dunia ini yang penuh dengan ujian daripada-Nya.

GOAL SETTING...
Atau lebih tepat lagi apabila diterjemahkan kepada kalimah MATLAMAT...
Saya pasti setiap manusia yang dilahirkan mempunyai matlamat mereka sendiri...


Mempunyai matlamat dalam hidup ini dapat...
Memandu manusia ke arah kehidupan yang lebih baik... 
Membawa diri mereka menuju ke arah satu matlamat hidup…
Dan…
Mampu membuat seseorang itu mempunyai semangat untuk meneruskan dan memajukan hidup mereka…

Setiap orang haruslah mempunyai GOAL dalam hidup mereka...
Tidak kira samaada ianya kecil mahupun besar...
Ianya mampu memandu seseorang menuju kejayaan dalam hidup mereka...




GOAL...
MATLAMAT...
Tatkala topik ini mahu dikongsikan dengan lebih detail...
Sedang bermain-main di fikiran akan matlamat pahlawan negara dahulu kala...
Kerana satu Matlamat...
Kemerdekaan negara kita kita semua kecapi hampir 57 tahun...
Alhamdulillah...

Setiap manusia mempunyai matlamat mereka yang berbeza-beza...
Ada yang menumpukan kepada perkara yang dekat dengan mereka...
Dan tak kurang juga yang mensasar ke arah perkara yang berjangka masa agak panjang dan jauh...

Tapi ingatlah...
Walaupun apa sekalipun Matlamat kita semua...
Realisikanlah...
Capaikanlah...




Baiklah, sampai di sini sahaja perkongsian kita kali ini.
Sebelum saya terlupa...
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-57...
Di sini lahirnya sebuah cinta...



Assalamualaikum...
-TERIMA KASIH ALLAH-
-PRAY FOR GAZA-
-PRAY FOR MH370-
-AL-FATIHAH FOR MH17-