Assalamualaikum...
Selamat Pagi...
Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik oleh Allah dalam menghadapi pahit getir kehidupan ini.
Baiklah, tajuk perkongsian kita pada hari ini ialah 'POSITIFKAN DIRI ANDA'
Positif lawannya....
NEGATIF.
Tapi masa bila kita nak positifkan diri?
Kenapa mesti positifkan diri?
Kepada siapa kita perlu positifkan diri?
Dalam perkara apa yang kita perlu positif?
???
Terlalu banyak persoalan yang bermain dalam benak hati dan fikiran kita....
In shaa Allah, semuanya akan kita cari solusinya bersama dalam post kali ini...
:)
'POSITIFKAN DIRI ANDA'
Kita seharusnya positifkan diri kita setiap hari, setiap masa dan setiap ketika...
Kenapa???
Kerana apabila kita positif dalam menghadapi apa jua yang berlaku dalam hidup ini,
kita akan mampu mengawal semua tingkahlaku dan perasaan kita...
TAK PERCAYA?
Baiklah, saya akan berikan 2 analogi agar mudah untuk difahami...
ANALOGI 1 :
Kalau begitu, cuba bayangkan satu situasi di mana kita yang sedang berada dengan seseorang yang suka menghasut dan mengadu domba serta seorang yang suka bawa mulut.... (MACAM SCENE DALAM DRAMA MELAYU JE...hehehe)
Seandainya kita tidak berada dalam POSITIVE MODE ketika itu, pastilah kita juga akan mudah percaya dengan setiap apa yang diperkatakan oleh mereka dan mengakui kebenaran kata-kata mereka....
ANALOGI 2:
Cuba bayangkan kalau tiba-tiba seseorang datang dan memarahi anda di saat anda sedang menikmati sarapan pagi.
Seandainya kita tidak dapat POSITIFKAN DIRI KITA pada ketika kemarahan di'lemparkan' kepada kita dan membalas kemarahan dengan senyuman...
Saya pasti semua yang berada dalam keadaan dan situasi ini akan...
HILANG SELERA UNTUK MAKAN SELEPAS ITU...
sebaliknya KEMARAHAN PULA YANG DATANG MENERPA DALAM DIRI....
POSITIF ! POSITIF ! POSITIFKAN DIRI ANDA !!!
Saya akui adakalanya agak sukar untuk kita tetap berfikiran postif di saat kita dimarahi atas kesalahan yang kita sendiri tidak lakukan...
Ramai yang menganggap apabila kita tidak dapat membalas semula perbuatan mereka dan hanya POSITIF sahaja menerima kemarahan orang lain terhadap diri kita adalah satu perbuatan orang yang lemah dan kita tidak dapat membela diri kita sendiri...
Tetapi...
Seandainya anda semua tahu bahawa orang yang selalu POSITIFKAN DIRI MEREKA tatkala
dimarahi....
diumpati....
dibenci....
dicemburui...
dan segala di..... yang boleh menjadikan diri kita NEGATIF
ADALAH SEORANG YANG HEBAT.... kerana mereka mampu mengawal perasaan dan tingkahlaku mereka di saat berhadapan dengan situasi tegang dan panik....
Baiklah, sampai di sini sahaja perkongsian kita pada kali ini...
Jangan lupa untuk selalu 'POSITIFKAN DIRI ANDA' ...
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda untuk membaca coretan insan kerdil ini..
Sehingga bertemu lagi di post yang akan datang...
Assalamualaikum...
-TERIMA KASIH ALLAH-
No comments:
Post a Comment