Monday, March 10, 2014

NILAI PENGORBANAN SEORANG WANITA...

Assalamualaikum...
Selamat Pagi...
Semoga setiap pembaca blog ini dikurniakan kesihatan yang baik bagi meneruskan perjalanan hidup kita...
Bagi yang sedang bekerja, bekerjalah dengan  tekun dan amanah.
Bagi yang sedang belajar, belajarlah dengan bersungguh-sungguh.
Bagi ibu-ibu yang sedang sibuk menyediakan sarapan untuk keluarganya, isikan nilai kasih sayang pengikat antara ahli keluarga ke dalam masakan yang ibu-ibu sekalian masakan...(dilarang sama sekali menggunakan ilmu hitam)
Kenapa ayat yang terakhir itu, saya tujukan kepada para ibu??? (Entahlah...)
Kerana apa?
Kerana saya ingin membuka hati dan fikiran saudara dan saudari akan bersama-sama kita menghargai setiap pengorbanan insan yang berhati mulia ini.
Tanpa pengorbanannya...
Tidak akan lahir seorang pemimpin negara yang dapat memimpin rakyatnya...
Tidak akan lahir seorang peguam yang dapat membela mereka yang teraniaya...
Tidak akan lahir seorang doktor yang dapat menyelamatkan nyawa manusia lain...
Dan...
Tanpa pengorbanannya...
Tidak akan lahir seorang tukang cuci yang sanggup membersihkan segala kekotoran yang kita lakukan di bumi ini setiap hari...
Pada hari yang mulia ini, akan saya kongsikan sebuah cerita yang saya pernah terbaca dan mungkin juga saudara dan saudari sekalian pernah juga terbaca di mana-mana.
Semoga cerita ini dapat menyedarkan hati kita akan tingginya nilai seorang yang bergelar IBU..
Untuk post yang akan datang, In shaa Allah, saya akan menjelaskan tentang 5 Love Languages yang saya belajar dalam satu program yang mana akan memberi manfaat kepada saudara dan saudari sekalian. In shaa Allah...
Akhir kata,
Ingatlah wahai si anak,
Syurgamu terletak di bawah telapak kaki ibumu...:)
Baca dan fahami kisah ini dengan hati anda...
Sehingga bertemu kembali dalam post yang akan datang...
Assalamualaikum..
Dan Bye...
Nilai Pengorbanan Seorang Wanita yang Digelar Ibu...

"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan. Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu nor! mal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu. Masa terus berlalu… Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu. Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu… “Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, ” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik. “Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali. “Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si anak. “Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk- angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibuny! a yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada. “Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.” Moral: Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah “SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU”, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya..


No comments:

Post a Comment