Selamat Malam....
Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dalam menghadapi kehidupan yang penuh dengan cabaran yang adakalanya tidak tertanggung oleh jasad ini dan dipermudah segala urusan dunia dan akhirat...
In shaa Allah...
Alhamdulillah, hari ini genap seminggu kita berada dalam bulan Ramadhan dalam menjalani ibadah puasa yang telah difardhukan ke atas kita sebagai hamba-Nya.
Baiklah, perkongsian kita pada hari ini adalah mengenai SENYUMAN yang mana mempunyai kuasanya yang tersendiri..
Senyuman?
Ada kuasa?
Biar betul?
Macam tak percaya je....
Ya, tidak dapat disangkal lagi bahawa SENYUMAN yang kita lemparkan setiap hari mempunyai kuasanya tersendiri...
Yang mana virus yang tersebar melalui senyuman akan merebak kepada setiap orang yang terkena virus wabak ini,
Dan...
Akan membuatkan mereka juga turut tersenyum... :)
Apabila kita melemparkan satu senyuman yang ikhlas kepada orang lain...
Tatkala itu, kita juga telah menyalurkan kepada mereka satu kebahagian yang mana,
hanya kita dan insan tersebut sahaja yang merasainya...
Senyuman membawa kepada kebahagian...
Senyuman juga mampu mengubat jiwa yang lara...
Senyuman juga mampu menceriakan hari seseorang...
Mulakanlah pagi hari baru kita dengan satu senyuman,
meskipun...pada hari itulah kita...
kena marah dengan cikgu...
kena kejar dengan anjing...
kena tipu dengan kawan...
gagal dalam peperiksaan... (daripada semua contoh yang saya berikan, situasi inilah menyebabkan kita tidak mampu untuk mengukir sebuah senyuman yang penuh dengan keikhlasan) :'(
dan bermacam-macam lagi...
kerana apa,
kita sendiri akan membantu untuk mengubah mood kita pada hari tersebut...
dan...
kerana kita akan menyalur kebahagian dan keceriaan pada diri kita sendiri...
yang mana, ini semua mampu memberi semangat kepada kita dalam memulakan dan mencorak hari baru kita...
SENYUM...
Antara perkara yang digalakkan dalam Islam kepada setiap penganutnya...
Satu perbuatan yang tidak perlu dibayar walau satu sen sekalipun,
hatta besar ganjarannya di sisi Allah...
Tapi adakalanya kita juga susah untuk mempraktikkannya di saat kita berada dalam...
kesedihan...
kemarahan...
ketakutan...
kebimbangan...
Tidak mengapa...cuba praktikkan secara perlahan-lahan...
Ingin saya kongsikan di sini bersama anda semua...
Saya juga bukanlah seseorang yang suka 'melemparkan' senyuman kepada orang lain...
Tapi...
Selepas saya menerima satu feedback daripada seseorang bahawa dia sangat 'takut' untuk menegur saya...
Katanya kerana dia asyik lihat saya dengan muka yang masam tanpa SENYUMAN...
:'(
Tapi, sekarang saya cuba untuk membiasakan diri saya untuk sentiasa tersenyum,
walaupun di fikiran ini sedang memikirkan 1001 masalah...
Tapi...saya pasti jika saya boleh...
In shaa Allah, anda semua juga mampu melakukannya...
Bukankah SENYUMAN itu amalan yang mulia lagi berpahala...
Dan...SENYUM itu adalah satu sedekah...
Apatah lagi di bulan yang mulia ini...
SENYUM SENYUM selalu....
Baiklah, sampai di sini sahaja perkongsian kita pada minggu ini.
Jangan lupa nantikan perkongsian yang lebih menarik daripada saya pada minggu hadapan...
Assalamualaikum...
-TERIMA KASIH ALLAH-
:)
ReplyDelete