Sunday, August 10, 2014

KEPAHITAN SEBUAH KEBENARAN

Assalamualaikum...
Selamat Petang...
Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dalam menghadapi hidup yang penuh onak duri ini...
Alhamdulillah...sudah hampir dua minggu kita menyambut lebaran.
Namun begitu....
Semoga kita tetap berusaha dan berdoa untuk memohon keampunan kepada-Nya atas segala dosa yang telah dilakukan...


'BERKATA BENARLAH WALAUPUN PAHIT'
Kalau dalam bahasa Arabnya...
قل الحق ولو كان مرا
Itulah maksud bagi tajuk post saya pada kali ini...
'KEPAHITAN SEBUAH KEBENARAN'...

Memang pahitkan kebenaran itu...
Apatah lagi kalau kita sendiri yang mengalaminya...
Akan tetapi,
Walau sepahit mana sekalipun sebuah kebenaran tersebut,
Kita sebagai manusia harus dan mesti tahan untuk menelan kepahitan tersebut...


Ramai yang hanya menginginkan kemanisan sahaja dalam kehidupan mereka...
Sehinggakan...
Lupa bahawa kemanisan itu boleh membawa kepada penyakit diabetes....

Diri saya akui bahawa kebenaran itu memang sangat pahit...
Sehinggakan adakalanya kepahitan itu bukan sahaja memberi kesan kepada diri kita,
Bahkan turut dirasai oleh mereka yang berada di sekeliling kita...

Tapi,
Kita semua mesti kuat dan berani untuk berhadapan dengan kebenaran walaupun sepahit mana sekalipun...
Meskipun adalakanya kebenaran itu akan memakan diri kita sendiri...
Meskipun adakalanya kebenaran itu akan menyakiti hati insan lain...


'PERSAHABATAN KITA MEMBUATKAN AKU SUKAR UNTUK BERKATA BENAR  SEHINGGA MEMBUATKAN AKU TERPAKSA BERBOHONG KEPADAMU'
Dalam analogi di atas, demi menjaga hati seorang sahabat, seseorang itu terpaksa berbohong dan membelakangkan kebenaran walaupun ketika itu dia amat terluka...



Demi sebuah hubungan...
KEKELUARGAAN....
PERSAUDARAAN....
PERSAHABATAN...
Adakalanya kerana mereka, kita terpaksa membelakangkan kebenaran....
Tapi,
Cuba dan beranikan diri untuk MENELAN KEPAHITAN SEBUAH KEBENARAN itu....
Kerana...


Baiklah, sampai di sini sahaja perkongsian kita pada post kali ini.
Semoga kita semua dapat menahan kePAHITAN sebuah KEBENARAN...
Terima kasih kepada semua yang sudi membaca coretanku ini.
Sehingga berjumpa lagi di post yang akan datang...

Assalamualaikum...
-TERIMA KASIH ALLAH-
-PRAY FOR GAZA-
-PRAY FOR MH370-
-AL-FATIHAH FOR MH17-

No comments:

Post a Comment