Assalamualaikum…
Selamat Pagi…
Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik oleh
Allah Taala dalam menghadapi kehidupan yang penuh dengan onak duri ini.
Tiga kata menyentuh jiwa…
Tiga kata?
Apa tiga kata tu?
I Love You ke?
Maaf ye…
Tapi, post saya kali ini bukanlah menyentuh mengenai
percintaaan…
Akan tetapi,
Tiga kata yang saya maksudkan adalah…
Saya…
Minta…
Maaf…
Bukankah dengan tiga kata ini sahaja dapat menyentuh jiwa…
Melembutkan hati yang sedang membara kemarahannya…
Tiada manusia yang sempurna…
Apatah lagi yang terlepas daripada melakukan sebarang
kesilapan…
Oleh itu,
Dengan meminta maaf dengan cara apa sekalipun…
Merupakan satu cara yang terbaik untuk meraih kemaafan
seseorang…
Mengukir semula wajah yang sedang hatinya diulit
kemarahan yang membara…
Kadang-kadang manusia tidak sedar bahawa tindak tanduknya…
Perilakunya…
Kata-katanya…
Akan menyakiti hati orang lain…
Oleh itu…
Cara untuk sembuhkan semua itu adalah dengan...
Tiga perkataan magik ini…
Tapi ingatlah...
Tidak bermakna orang yang mula-mula minta maaf itu salah
ataupun lemah...
Akan tetapi dia adalah orang yang kuat...
Yang mampu merendahkan dirinya...
Melupakan kemarahannya...
Demi menyelamatkan sebuah hubungan yang bernilai baginya...
Semoga lebaran yang masih berbaki dua minggu ini dapat
kita gunakan untuk saling bermaafan antara kita...
Bukan sahaja dalam bulan Syawal...
Bahkan bulan-bulan yang lain juga...
Baiklah, sampai di sini sahaja coretan daripada saya..
Assalamualaikum...
-TERIMA KASIH ALLAH-
-PRAY FOR GAZA-
-PRAY FOR MH370-
-AL-FATIHAH FOR MH17-
No comments:
Post a Comment