Assalamualaikum...
Selamat Pagi...
Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik oleh Allah Taala dalam menghadapi hidup yang penuh dengan ujian daripada-Nya dalam perjalanan menuju keredhaan-Nya.
Belajar daripada kesilapan yang lalu...
Berapa ramai daripada kita yang selalu melihat kembali ke masa lalu mereka...
Bukan setakat melihat memori dan detik-detik indah yang telah berlalu dalam kehidupan mereka...
Malahan setiap kesilapan yang telah dilakukan kepada alam ini dan isinya mahupun kepada pencipta alam ini Allahu Rabbuna Azza Wa Jalla...
Kadang-kadang kita lupa...
Bahawa memandang semula ke masa lalu bukanlah satu perkara yang sia-sia...
Seandainya perlakuan itu dilakukan dengan mengambil setiap hikmah daripada kejadian yang lalu...
Masa lalu ada kalanya membuatkan seseorang itu...
Lebih matang dalam setiap tindakan dan kelakuannya...
Membantu memperbaiki kelemahan diri dalam usaha mencapai kesempurnaaan yang minimum...
Lebih mengenali diri dan menyelami insan-insan yang tidak pernah kita cuba kenali...
Kesilapan yang lalu itu akan menjadi lebih baik jika...
Kesilapan yang sama itu tidak diulang kembali oleh si pelakunya yang sama...
Belajar daripada kesilapan yang lalu itu merupakan salah satu pembelajaran yang amat bermanfaat daripada kita...
Setiap kesilapan yang sama tidak akan berulang lagi hasil manfaat kesilapan yang lalu...
Semoga kita semua mengambil iktibar daripada setiap perkara yang telah berlaku dalam hidup kita...
Tidak mengapa memandang sejenak...melayang fikiran ini mengenang ke masa yang telah berlalu...
Dengan disertai pengajaran daripada apa yang berlaku...
Baiklah, sampai di sini sahaja perkongsian kita...
Berjumpa lagi di post yang akan datang...
Assalamualaikum...
-TERIMA KASIH ALLAH-
-DOA BUAT GAZA-
-DOA BUAT MH370-
-AL-FATIHAH BUAT MH17-
#MALAYSIA BERKABUNG#
No comments:
Post a Comment