Monday, March 31, 2014

KEMATANGAN MELALUI PENGALAMAN...

Assalamualaikum... :)
Selamat malam... :)
Diucapkan kepada semua pembaca blog ini yang setia menunggu coretan daripada saya, sang penulis yang tak berapa dikenali ramai ini.  :D
Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dalam menghadapi hidup yang penuh dengan dugaan dan cubaan ini.



PENGALAMAN...
Itulah topik yang saya fikirkan dan akan saya bicarakan dan bincangkan pada post kali ini.



Pengalaman...
Adalah sesuatu yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit...
Ia adalah sesuatu yang perlu dikutip dan dialami seseorang dalam hidup mereka...
Mengajar manusia untuk berfikiran lebih matang dan dewasa...

Ramai yang menganggap bahawa usia yang mematangkan diri kita...
Tapi,
Bagi saya...
PENGALAMAN lah yang mematangkan diri kita...
Kerana apa saya nyatakan sedemikian???
Kerana walaupun usia kita sudah melangkau ke usia yang dianggap sudah matang, namun jika cara berfikir kita masih keanak-anakan, manakan datang kematangan tersebut...
Berbeza dengan orang yang usianya muda, tetapi banyak sekali pengalaman hidup yang ditempuhinya.
Pengalaman yang dirasainya itu akan sedikit demi sedikit mematangkan dirinya meskipun usianya dianggap masih muda oleh sesetengah golongan manusia.


Adakalanya juga,
Dengan melihat tampak wajah akan terserlah kematangan seseorang...
Tetapi jangan cepat membuat andaian tersebut...
Kerana boleh jadi mereka tidaklah sematang yang kamu semua anggap...



Pengalaman sebenarnya mengajar kita banyak perkara...
Mengajar kita menjadi seorang yang sabar dan tabah dalam menghadapi ranjau dan onak duri kehidupan.
Kerana dengan pengalaman yang kita ada, kita akan menjadi seseorang yang bersedia menerima walau apa bentuk sekalipun ujian yang mendatang...
Kerana apa?
Kerana pengalaman kehidupan yang lebih perih daripada yang dihadapi sekarang,
telah pun kita hadapinya dahulu...



Oleh itu, perasaan takut biasanya yang pertama menjengah dan menyinggah dalam diri kita, dapat diatasi dengan mudah dek kerana itu semua sudah dirasai...
semasa bila???
Semasa pengalaman yang lalu...





Sampai sini sahajalah, perbincangan kita untuk topik ini...(moga-moga dapat memberi motivasi kepada anda yang membacanya)
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda semua membaca post saya ini...(post kali ini memang lain sikit-banyak gambar)  :)
Jangan lupa nantikan post saya yang akan datang...;)

Assalamualaikum...:)


-TERIMA KASIH ALLAH-







Thursday, March 27, 2014

UJIAN DAN SIFAT SABAR

Assalamualaikum...:)
Selamat malam...:)
Saya ucapkan kepada anda yang tetap setia menanti coretan daripada saya..
Semoga anda dikurniakan kesihatan yang baik dalam menghadapi hidup yang berliku-liku ini.


Ujian...
Pasti ramai yang di luar sana tidak suka akan perkataan ini.
Tapi...
adakalanya apa yang kita tidak suka, itulah yang akan sering kita dapat.
dan...
Tanpa kita sedar, ujian itulah membentuk diri kita sedikit demi sedikit menjadi insan yang tabah dan sabar dalam menghadapi apa jua rintangan dalam hidup seharian.
Namun begitu...
masih ramai juga dalam kalangan kita masih tidak sedar bahawa ujian itu adalah satu hadiah daripada Allah...
sebagai tanda rindu Allah kepada hamba-Nya...
sebagai tanda peringatan kepada hamba-Nya...
Kerana apa?
Kerana Allah rindu nak dengar rintihan kita...
Rintihan yang penuh pengharapan kepada-Nya...
Rintihan yang penuh dengan rasa pergantungan kepada Allah...
Maka, oleh itu, ujian ini tidak perlulah kita hadapi dengan...
Pengharapan kepada manusia semata-mata...
Jeritan dan tangisan yang teresak-esak...
Tetapi...
Cukuplah dengan hanya sujud dan berdoa kepada Allah.




Sabar...
Satu sifat yang sangat sukar untuk kita praktik dalam hidup ini.
Kerana apa?
Kerana kita selalu tunduk kepada nafsu amarah kita sahaja...
Kerana kita selalu membiarkan ego dan perasaan sedih mengawal diri kita...
Apa yang paling penting...
Kerana kita lupa bahawa Allah sentiasa ada di sisi kita di saat kita gembira hatta kita menangis dan terluka sekalipun.

Ingatlah wahai saudaraku sekalian.
Walau sekecil dan sebesar manapun ujian yang anda hadapi...
Ambillah hikmah daripadanya...
Dan...
Hadapilah ujian itu dengan sifat sabar dan tabah serta redha dengan takdir Allah...
Orang yang sabar dan yang mampu menahan dirinya daripada sifat marah adalah orang yang paling kuat.



Semoga kita berjumpa lagi pada post yang akan datang...
Assalamualaikum...


-TERIMA KASIH ALLAH-
-DOA UNTUK MH370-



Sunday, March 23, 2014

SERU...RSS (REAL SAHABAT SERU)

Assalamualaikum...
Selamat petang...
Diucapkan kepada saudara dan saudari yang setia menanti penulisan saya ini.
Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik, sihat wal afiat agar dapat meneruskan hidup kita di bumi Allah Taala yang penuh ujian dan onak duri ini.
Baiklah, seperti yang dijanjikan semasa post yang lalu, saya akan sambung cerita saya tentang program SERU ini. :)



Setelah saya sertai program ini, saya mendapati keberanian, sifat kepimpinan dan juga kemahiran berkomunikasi dapat dipupuk serta dicungkil melalui platform ini.
Selama ini, saya hanyalah seorang pelajar yang pasif. Apabila menjadi sebahagian daripada ahli SERU...RSS (oh! ya, saya lupa nak perkenalkan RSS tu singkatan bagi REAL SAHABAT SERU)
saya mula sedikit demi sedikit menjadi seorang yang aktif. Tapi bukan lah secara drastik...kerana setiap perubahan itu tetap akan mengambil masa walaupun agak singkat.

Selain itu, saya dulunya memang sudah mempunyai sifat berani tapi sifat ini adakalanya 'dikalahkan' dengan sifat malu. Dan itu membuatkan saya terpaksa 'menyimpan' sifat berani tersebut. :(
Dan.....apabila program ini saya sertai, sifat yang saya simpan itu sedikit demi sedikit telah menonjolkan diri...adakalanya secara tiba-tiba. :)

Dan...saya juga memang sangat suka berkomunikasi tapi masalahnya...dengan orang yang saya kenali dan bila bersama dengan orang yang tidak dikenali saya akan membisukan diri sampailah mereka yang akan menyapa saya dulu. :(
Tapi....bilamana program ini muncul dalam hidup saya, saya mula mengorak langkah dan mengambil inisiatif sendiri dan belajar untuk mengenali mereka yang bukan dalam 'kelompok' saya...

Alhamdulillah, berkat doa dan usaha, saya kini berupaya untuk berkomunikasi dengan mereka yang selama ini saya hanya mampu pandang dan diam membisu.
Saya tidak katakan bahawa program ini dapat mengubah diri anda sekelip mata seperti yang saya alami, tetapi sekurang-kurangnya program ini dapat dijadikan sebagai salah satu wasilah atau platform untuk kita berusaha menjadi insan yang lebih baik. :)
Sebelum saya terlupa, RSS iaitu REAL SAHABAT SERU...pada awal September akan diadakan majlis pengiktirafan untuk RSS yang mana saya berharap saya akan jadi salah seorang daripadanya...
In shaa Allah, Amin...:)

Baiklah, setakat ini sahaja coretan saya untuk post kali ini...
Jangan lupa...
Nantikan coretan daripada saya untuk post yang akan datang...
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa kalian untuk membaca penulisan saya yang tak sehebat mana ini.
Jumpa lagi ... :)
Assalamualaikum...
dan
Bye... :)

-TERIMA KASIH ALLAH-



Saturday, March 22, 2014

SERU...

Assalamualaikum,
Selamat malam,
kepada saudara dan juga saudari yang sudi mengikuti perkembangan penulisan saya yang tak sehebat mana ini.
Semoga saudara dan juga saudari dikurniakan kesihatan yang baik bagi meneruskan perjalanan hidup kita yang penuh onak dan duri ini.
Baiklah, masih ingatkah lagi anda semua, wahai pembacaku tentang perkongsian ilmu kita pada post yang lalu iaitu mengenai 5 LOVE LANGUAGES.
Semoga ilmu yang sedikit itu dapat memberi manfaat kepada anda semua.
Seperti yang saya katakan dalam post saya yang bertajuk '5 LOVE LANGUAGES' (post yang ke-3) , saya ada menyatakan bahawa saya belajar tentang semua ini daripada satu program.
Pada post kali ini, saya akan berkongsi mengenai program tersebut dengan saudara dan juga saudari sekalian.


Program ini lebih dikenali dengan nama SERU dan saya mula-mula mengenali program ini apabila ia dipromosikan semasa Minggu Haluansiswa bagi sesi 2013/2014. Program ini dikendalikan oleh sepasang suami isteri yang cukup sporting dan berkarisma iaitu Abang Mirul dan juga Kak Elin.
Program ini dapat membantu kita mengasah 'softskills' yang ada dalam diri setiap daripada kita.
Selepas melihat gaya mereka dan yakin bahawa program ini dapat membantu saya menjadi insan yang lebih baik, saya mengeluarkan duit RM10 yang ada di dalam poket ketika itu, dan terus mengisi borang pendaftaran dan duit tu saya berikan sebagai bayaran pendaftaran.

'HOW YOU DO ANYTHING IS HOW YOU DO EVERTHING'
Itulah kata-kata yang sering diulang ketika saya mula-mula menjejakkan kaki dan memberanikan diri untuk menghadiri program pertama SERU bagi sesi ini. Alhamdulillah, sejak dari hari pertama program ini saya mula jatuh cinta pada program ini dan berusaha supaya dapat memberi sepenuh komitmen saya pada program ini.
Nama kumpulan saya dalam program ini ialah REAL EMPERORS...:)
Dengan menyertai program ini, saya dapat mengenali ramai kawan baru baik yang Melayu mahupun yang berbangsa lain. (Coach saya sendiri berbangsa India)
Banyak yang saya dan kawan-kawan yang lain belajar daripada program ini.
Program ini bukan sahaja mengajak kita agar berjaya di dunia sahaja malahan juga berjaya di akhirat.
Bukan satu perkara yang sering kita lihat, program yang berbentuk motivasi sebegini menitikberatkan dan menyelitkan nilai Islamik di dalamnya.
Kita bukan sahaja ingin GRADUATE AS THE FIRST CLASS STUDENT bahkan kita juga mestilah GRADUATE AS THE THE FIRST HUMAN BEING. (Kita setkan inilah goal hidup kita sekarang)
:)

Sebenarnya banyak lagi yang saya ingin kongsikan dengan pembaca semua tentang program ini, tapi..apakan daya masa sangat mencemburui kita. :(
Tapi...
Jangan risau wahai pembacaku sekalian, in shaa Allah, saya akan sambung lagi perkongsian saya tentang program ini pada post yang akan datang.

Terima kasih kepada semua yang sudi membaca blog saya.
Nantikan post saya yang akan datang ye.
Assalamualaikum
dan
Bye...

-TERIMA KASIH ALLAH-

Monday, March 17, 2014

5 LOVE LANGUAGES (BAHAGIAN 2)

Assalamualaikum...
Selamat malam...
Diucapkan kepada pembaca blogku yang setia menunggu dan terus menunggu...
Semoga kalian diberikan kesihatan yang baik agar dapat meneruskan kehidupan di muka bumi ini...
Kepada pembacaku yang beragama Islam, semoga Allah memberkati hidup kita dan memimpin kita dalam menempuhi ranjau kehidupan yang berliku ini.
Pada post yang lalu, saya telah berkongsi dengan pembaca semua tentang 2 daripada 5 Love Languages iaitu WORDS OF AFFIRMATION dan QUALITY TIME.
Sudahkah saudara dan saudari sekalian mengaplikasikan apa yang kita belajar dalam post yang lalu???
Belum??? (ni yang nak marah ni...)
Jangan risau..gurau je...(bukan marah cuma nak habaq mai je, bagi peringat sikit)
Baiklah, yang belum mengaplikasikannya, jangan bimbang, in shaa Allah, selepas habis perkongsian kita, bolehlah saudara dan saudari sekalian mempraktikkan apa yang kita sudah belajar ini.
العلم بلا عمل كالشجر بلا ثمر
Yang membawa maksud : ILMU TANPA AMAL IBARAT POKOK TANPA BUAH

Baiklah, tanpa membuang masa lagi, kita akan sambung  Love Languages kita yang ketiga iaitu : RECEIVING GIFTS.
*Siapa dalam kalangan pembaca saya yang sukakan hadiah??? (angkat tangan, senyum lebar-lebar dan buat muka comel...hehehe)
Semua orang sukakan hadiah, apatah lagi jika itu cara kita
rasa dihargai. Biarpun sekecil dan sesikit mana sekali pun hadiah tersebut, orang yang ber' love language' ini akan merasakan diri mereka sangat dihargai. 'AS LONG AS IT IS A GIFT THEY WILL FILL UP THEIR LOVE TANK'. Kepada sesiapa yang mempunyai ahli keluarga mahupun kawan-kawan yang ber 'love language' ini, jangan lupa untuk simpan duit banyak-banyak supaya dapat belikan sesuatu kepada mereka ini.*

Keempat : ACTS OF SERVICE
*Mereka yang dalam kategori yang keempat ini memang sering kali kita temui. (angguk kepala)
Tapi, inilah hakikatnya, cara mereka rasa dihargai bukanlah dengan kata-kata...bukan dengan masa yang diluangkan bersama...hatta bukan dengan hadiah sekalipun...tetapi dengan kita menolong mereka membuat sesuatu. (pastinya ada dalam kalangan kita yang mengatakan 'habislah aku' ) Suka saya nyatakan di sini bahawa ibu saya sendiri adakalanya saya perhatikan tergolong dalam kalangan mereka yang ingin dihargai dengan cara ini. Kita semua maklum bahawa membuat sesuatu pekerjaan apatah lagi menyiapkannya sehingga selesai bukanlah satu perkara yang mudah...Tapi, seelok-eloknya kita cuba untuk memberi penghargaan kepada mereka. Apatah lagi kepada ibu yang sentiasa menyiapkan segala keperluan kita tanpa mengeluh. Mungkin dengan membantu mereka, kita dapat menunjukkan rasa cinta dan penghargaaan serta kasih sayang kita kepada mereka.*

Dan Love Language kita yang terakhir ialah PHYSICAL TOUCH.
Diingatkan kepada yang beragama Islam, 'TOUCH' di sini kepada yang muhrim sahaja.
 *Bila berbicara tentang sentuhan (diperingat sekali lagi HANYA KEPADA MUHRIM SAHAJA) ramai yang salah anggap. Bahkan ramai juga yang menganggap perkara ini adalah satu perkara yang remeh dan boleh diabaikan. Tapi percayalah dengan satu sentuhan sahaja, sudah dapat membuatkan mereka yang dalam kategori ini berasa disayangi.Seperti yang kita tahu pererat kasih sayang antara SUAMI dan juga ISTERI adalah sentuhan. (Saya bukanlah pakar cinta mahupun pakar perapat suami isteri) Tapi inilah hakikatnya, jadi suami-suami yang di luar sana, ayah-ayah diluar sana, berikan sentuhan yang mesra kepada para isteri dan para ibu masing-masing. Bukan sahaja antara suami isteri, malah antara anak dan ibu @ bapa, pun begitu juga. Jangan kita salah tujukan sentuhan itu kepada yang HARAM sampai melupakan yang HALAL.*

Mungkin ada dalam kalangan pembaca saya yang tertanya-tanya, saya ini dalam kategori mana ye???
Sebenarnya LOVE LANGUAGE saya ialah......................................................................................
-QUALITY TIME-
Masa yang anda semua luangkan untuk membaca post saya adalah satu tanda penghargaan buat saya.
Terima kasih, semua. :)

In shaa Allah, kalau dipanjangkan umur, kita akan jumpa lagi di post yang akan datang.
Nantikan post saya yang akan datang ye, wahai pembacaku sekalian. Ada banyak perkara yang saya ingin kongsikan dengan anda semua.
Assalamualaikum...
Bye...
:)

-TERIMA KASIH ALLAH-









Thursday, March 13, 2014

5 LOVE LANGUAGES

Assalamualaikum...
Selamat Malam...
Semoga saudara dan juga saudari yang masih setia menunggu penulisan blog ini diberi kesihatan untuk meneruskan perjalanan di muka bumi ini...
Dan kepada yang beragama Islam, semoga setiap urusan anda dipermudah oleh Allah s.w.t.
Seperti yang saya telah nyatakan dalam post yang sebelum ini, saya akan menjelaskan kepada anda semua wahai pembaca-pembacaku tentang 5 Love Languages yang mana saya belajar ilmu ini daripada satu program yang cukup menarik...
 5 Love Languages...
Apa itu???
Untuk apa???
Baiklah saudara dan juga saudari sekalian...
Saya akan cuba untuk perjelaskan satu demi satu tentang 5 Love Languages ini.
5 Love Languages ini adalah 5 cara untuk kita seseorang itu ingin ditujukan cara kasih sayang orang lain terhadapnya...
(Tak faham!!!)
Kalau masih tak faham lagi, kita akan cuba untuk mengenali satu persatu cara untuk seseorang itu ingin orang lain mengekspresikan rasa cinta terhadap mereka.
(Jangan salah faham ye wahai pembacaku semua, diri ini bukan Doktor Cinta tapi hanyalah seorang hamba Allah yang ingin mengajak sahabat-sahabat yang lain agar lebih mengenali antara satu sama lain)
  • Baiklah, kita akan mulakan dengan Love Language yang pertama iaitu...WORDS OF AFFIRMATION.
*Mereka ini adalah dalam kalangan orang yang akan merasakan mereka ini dijaga, dihargai dan juga disayangi apabila mereka mendengar pujian dan juga penghargaan daripada orang di sekeliling mereka.
Saya mempunyai seorang kawan yang suka dirinya dipuji dan diberi penghargaan apabila dia cemerlang dalam sesuatu perkara. Pada mulanya , saya ingatkan dia hanya seorang yang suka makan puji...Ya Allah, tetapi apabila saya belajar tentang Love Language ini barulah saya faham kenapa dia bersikap sebegitu...Rupa-rupanya, dia adalah seorang yang suka dipuji kerana dia fikir itu adalah cara orang lain untuk ekspresikan rasa penghargaan pada dirinya...Oleh itu, bagi rakan pembaca sekalian yang mempunyai rakan seperti ini, maka pujilah mereka...hiasilah diri mereka dengan kata-kata yang dapat menyentuh perasaan mereka dan yang pastinya kata-kata yang menyenang hati orang yang mendengarnya.*
  •  Kedua : QUALITY TIME
*Kalau yang pertama tadi dengan perkataan, kali ini yang kedua dengan masa. Saya akui yang kata-kata itu lebih mudah daripada masa kerana kelapangan seseorang itu berbeza-beza. Kita tidak akan dapat meluangkan masa untuk bersama mereka yang tersayang. Tetapi...cubalah sekali sekala kita duduk dengan mereka dan bertanyakan keadaan serta masalah mereka. Adakalanya mereka tidak mahu masa yang lama tetapi  cukuplah sekadar dapat bertanya khabar sahaja...Selepas saya amati, barulah saya sedar bahawa Love  Language abah saya sendiri adalah QUALITY TIME. Selama ini, saya tidak sedarinya tetapi selepas saya membuat penelitian sendiri barulah saya sedar bahawa abah adalah seorang bapa yang ingin selalu meluangkan masa dengan anak-anaknya.Hal ini kerana, apabila tiba sahaja hujung minggu, adik-beradikku yang lain akan mengajak rakan-rakan mereka keluar berjalan-jalan..Maka tinggallah abah dirumah yang sentiasa menantikan saat-saat untuk meluangkan masa bersama anak-anaknya..Tetapi hampa, mereka lebih memilih untuk bersama rakan daripada orang yang setia menanti ini..*.






Baiklah wahai pembaca sekalian, saya akan sambung Love Language yang seterusnya...
Tetapi...
Pada post yang akan datanglah...(sabor jelah ye...)
Jangan lupakan nantikan post saya yang akan datang...
Daripada 2 Love Language(LL)  yang saya berikan ini, anda semua wahai pembacaku sekalian dapat mengklasifikasikan mereka-mereka yang mempunyai LL seperti ini...
Semoga kita dapat bertemu lagi pada post yang akan datang...
Assalamualaikum...
Bye...





Monday, March 10, 2014

NILAI PENGORBANAN SEORANG WANITA...

Assalamualaikum...
Selamat Pagi...
Semoga setiap pembaca blog ini dikurniakan kesihatan yang baik bagi meneruskan perjalanan hidup kita...
Bagi yang sedang bekerja, bekerjalah dengan  tekun dan amanah.
Bagi yang sedang belajar, belajarlah dengan bersungguh-sungguh.
Bagi ibu-ibu yang sedang sibuk menyediakan sarapan untuk keluarganya, isikan nilai kasih sayang pengikat antara ahli keluarga ke dalam masakan yang ibu-ibu sekalian masakan...(dilarang sama sekali menggunakan ilmu hitam)
Kenapa ayat yang terakhir itu, saya tujukan kepada para ibu??? (Entahlah...)
Kerana apa?
Kerana saya ingin membuka hati dan fikiran saudara dan saudari akan bersama-sama kita menghargai setiap pengorbanan insan yang berhati mulia ini.
Tanpa pengorbanannya...
Tidak akan lahir seorang pemimpin negara yang dapat memimpin rakyatnya...
Tidak akan lahir seorang peguam yang dapat membela mereka yang teraniaya...
Tidak akan lahir seorang doktor yang dapat menyelamatkan nyawa manusia lain...
Dan...
Tanpa pengorbanannya...
Tidak akan lahir seorang tukang cuci yang sanggup membersihkan segala kekotoran yang kita lakukan di bumi ini setiap hari...
Pada hari yang mulia ini, akan saya kongsikan sebuah cerita yang saya pernah terbaca dan mungkin juga saudara dan saudari sekalian pernah juga terbaca di mana-mana.
Semoga cerita ini dapat menyedarkan hati kita akan tingginya nilai seorang yang bergelar IBU..
Untuk post yang akan datang, In shaa Allah, saya akan menjelaskan tentang 5 Love Languages yang saya belajar dalam satu program yang mana akan memberi manfaat kepada saudara dan saudari sekalian. In shaa Allah...
Akhir kata,
Ingatlah wahai si anak,
Syurgamu terletak di bawah telapak kaki ibumu...:)
Baca dan fahami kisah ini dengan hati anda...
Sehingga bertemu kembali dalam post yang akan datang...
Assalamualaikum..
Dan Bye...
Nilai Pengorbanan Seorang Wanita yang Digelar Ibu...

"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan. Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu nor! mal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu. Masa terus berlalu… Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu. Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu… “Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, ” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik. “Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali. “Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si anak. “Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk- angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibuny! a yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada. “Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.” Moral: Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah “SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU”, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya..


Friday, March 7, 2014

'DUNIA BLOGKU YANG PERTAMA'...

Assalamualaikum....
Selamat Malam....
Apa khabar semua?
Semoga setiap orang yang membaca blog ini dikurniakan kesihatan tubuh badan agar dapat meneruskan perjalanan kita di dunia yang fana ini.
'DUNIA BLOGKU YANG PERTAMA'...agak klise bukan tajuk ini??? (agaklah...)
Tapi...
Kenyataannya adalah benar walaupun pahit.
Ini merupakan permulaan dan pengalaman pertama diri saya dalam bidang blogger ini...
Tapi masalah sekarang...
Bukanlah kerana masalah kekurangan pengalaman (padahal bukan 'kekurangan' tetapi 'kekosongan')
Tetapi yang menjadi masalah sekarang ialah adakah blog ini bermanfaat buat saudara dan juga saudari di luar sana???
Mampukah saya yang ilmunya senipis kulit bawang dapat memberi galakkan dan motivasi kepada anda yang dahagakan ilmu??
Tapi apa yang penting ialah mampukah saya sebagai seorang yang beragama ISLAM menggunakan medium ini sebagai salah satu wasilah untuk menunjukkan kepada mereka di luar sana bahawa betapa ISLAM ITU AMAT INDAH?
Begitu banyak persoalan yang bermain di fikiranku sekarang ini....
Dan hanya saya sahaja yang dapat mencari jawapannya...
 (to be continued.....)