Sunday, June 29, 2014

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Assalamualaikum...
Selamat Petang...
Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dalam menghadapi hidup yang penuh onak duri ini...
Dan...
Semoga kita diberi kekuatan untuk menjalani ibadah puasa yang In shaa Allah akan kita jalani pada hari esok iaitu hari Ahad bersamaan 29 Jun 2014.
Alhamdulillah...
Kita masih diberikan kesempatan oleh Allah Taala untuk menyambut Ramadhan pada tahun ini.
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...
Selamat Datang Ramadhan...
Alhamdulillah...
Bulan yang selama ini ditunggu-tunggu oleh umat Islam...
Bulan yang penuh dengan rahmat-Nya...
Bulan yang penuh dengan keberkatan-Nya...
Akhirnya datang menemui kita semua...
 
Semoga kita semua dapat mengambil kesempatan atas kedatangan bulan yang penuh barakah ini dengan...
Melatih diri menjadi seorang yang penyabar...
Melatih diri menjadiseorang yang pemaaf...
Melatih diri menjadi seorang yang sentiasa menjaga lisannya...
Memperbaiki diri ke arah yang lebih baik...

In shaa Allah...
Saya yakin sekiranya kita memanfaatkan kedatangan bulan ini...
Matlamat di atas akan tercapai...  :)
Mohonlah keampunan daripada-Nya dengan kedatangan bulan yang penuh kemuliaan ini...

Ramadhan...
Di awalnya Rahmat...
Di pertengahannya keampunan...
Di akhirnya pembebasan dari api neraka....
Ramadhan diibaratkan sebagai sebuah madrasah...
Untuk kita memperbaiki diri kita...
Untuk kita berubah ke arah yang lebih baik...
Agar selepas Ramadahan ini berlalu...
Diri kita yang baru akan muncul...
Diri yang lebih baik dari sebelumnya...


Baiklah...
Untuk Ramadhan kali ini,
Saya ingin mengajak anda semua untuk membuat satu checklist untuk kita sebulan Ramadhan...
Antara senarai checklist yang mungkin boleh saya senaraikan untuk kita bersama...

  • BERPUASA SEBULAN DI BULAN RAMADHAN  (jangan ponteng ye tahun ni...)
  • SOLAT TERAWIH (29-30 MALAM)  (yang paling penting...malam-malam terakhir)
  • LEWATKAN SAHUR (dalam pukul 5 pagi bukan 12 pagi)
  • SEGERAKAN BERBUKA  (berbuka dulu...cerita yang slot akasia untuk boleh tengok balik dekat tonton)
  • KHATAM 30 JUZU' AL-QURAN (kalau novel boleh khatam 300 mukasurat...Al-Quran 30 juzu' je...)
  • BERDOA SEPULUH MINIT SEBELUM WAKTU BERBUKA (masa ni adalah masa mustajab doa...jadi doa banyak-banyak ye)
  • TOLONG MAK UNTUK SIAPKAN SANTAPAN BERBUKA PUASA DAN BERSAHUR (kesian mak...masak sorang-sorang)
  • MANFAAT MASA UNTUK MEMBACA ILMU-ILMU YANG BERMANFAAT (jangan sampai ulat yang banyak buku-buku yang beli dekat Pesta Buku tu)
Baiklah, sampai di sini sahaja coretan daripada saya...
Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa kali ini dengan penuh ketaatan kepada-Nya..
Dan jangan lupa...
Solat terawih pertama pada malam ini...

Assalamualaikum...
-TERIMA KASIH ALLAH-


Saturday, June 21, 2014

AIR MATA SEORANG YANG BERGELAR BAPA

Assalamualaikum...
Selamat Pagi...
Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah dalam menempuh hidup yang penuh pancaroba dan ranjau yang cukup untuk membuatkan diri kita adakalanya merasa lemah dan tidak sanggup menanggung ujian-Nya...

Alhamdulillah, sudah hampir seminggu berlalunya sambutan satu hari yang cukup bermakna...
Hari yang cukup penting buat insan yang bergelar...
Abah...
Bapa...
Abi...
Walid...
Papa...
Dan hari itu adalah....
Hari apa?  (jerit kuat-kuat depan screen laptop anda....)  :D

Hari BAPA....
Selamat Hari Bapa kepada semua yang telah bergelar bapa.....
p/s : hanya ditujukan kepada mereka yang bergelar bapa atas ikatan pernikahan yang sah sahaja...
Alhamdulillah, walaupun diri ini masih lagi belum berpeluang untuk bertentang mata...
Bersemuka dengannya...
Ku titipkan ...
Ucapan SELAMAT HARI BAPA kepadamu...
Sebagai pengganti diri ini....   :'(
Kerana aku harus tetap berada di sini....
Tetap kuat dan teguhkan semangatku...
Dalam usaha meneruskan perjuangan...
Di medan ilmu yang setia menantiku ini...

Terima kasih atas segala jasamu...
Bertungkus lumus mencari rezeki...
Demi mencari sesuap nasi...
Demi memastikan perut kami, anak-anakmu terisi demgan nikmat-Nya...

Allahu Akbar....
Duhai pembacaku sekalian....
Hormatilah bapa anda....
Sepertimana kita menghormati ibu kita...
Tanpa dirinya...
Siapalah kita....

'AIR MATA SEORANG YANG BERGELAR BAPA'
Pernahkah kita lihat air mata mereka mengalir dan menitis di hadapan kita sepertimana air mata daripada seorang ibu???
Saya pasti kita semua mesti tidak pernah melihatnya...
Bahkan mungkin ada yang berkata sendiri...
'Pernahkah ayahku menangis??? '
sebab biasanya drama air mata ni...maklah yang paling hebat....  .

Jawapan kepada persoalan itu....
Ya, pernah...
Saya juga akui bahawa diri ini tidak pernah melihat insan ini menangis...
Tapi adakalanya diri ini dapat merasakan bahawa...
Di sebalik wajah yang garang itu...
Terselindung dalamnya sekeping hati yang sedang menangis....
:'(
Di kala melihat anak-anaknya sakit...
dalam kesusahan...
dalam kegagalan...
dalam kedegilan...  (kadang-kadang bukan sedih yang datang...tapi rasa nak marah je )

Kita sering kali sedar akan air mata ibu yang mengalir mengenangkan perbuatan dan kata-kata kita...
Akan tetapi...
Kita lupa dan tidak menyedari bahawa selain ibu, ada air mata insan lain yang turut berlinang menangisi segala perbuatan kita...
Ya...
Itulah air mata seorang bapa... :'(
Kita selalu fikir bahawa seorang bapa tidak akan mudah menitiskan air mata kerana anaknya...
Tapi kita silap...
Bapa juga seorang manusia yang tak akan dapat lari dari perasaan sakit hati dan hiba....
Oleh itu, janganlah kita biarkan pipi mereka dibasahi air mata yang tidak zahir di pandangan mata kasar kita...
Sepertimana kita tidak mahu melihat ibu kita menangis...

Bersyukurlah kamu pada yang masih mempunyai bapa...
Dan kepada yang sudah tiada....
Hadiahkan doa dan bacaan Yasin kepada mereka....moga-moga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman...


Marilah kita semua mengambil pengajaran di sebalik setiap sambutan Hari Bapa mahupun Hari Ibu...
Yang kita raikan pada minggu kedua bulan Jun setiap tahun ini....
Dan....

Bagi saya...
Hari Bapa mahupun Hari Ibu pada tahun ini...
Amat bermakna kepada diri ini...
Tatkala melihat mereka yang bergelar anak sepertiku dapat meraikan hari tersebut bersama mereka yang tersayang...
Mulai terbit perasaan cemburu di hati...
Kerna...
Diri ini hanya mampu melihat....
Melihat kegembiraan yang terpancar di wajah mulus mereka....
Sambil dadaku menahan sebak...
Hatiku parah menangis berselindung di sebalik senyuman yang ku cuba ukir sendiri tanpa keikhlasan di hati...
Menyorok perasaanku daripada pengetahuan segenap isi alam....
Namun diri ini akur dengan takdir dan amanah yang kugalasi ini...
Untuk menwujudkan impian kita bersama....
Menuju kejayaan yang idami selama ini...
Membanting tulang empat kerat mencari rezeki di bumi Allah Taala ini...
Demi melakar kebahagiaan di wajahmu, duhai mak dan abah....



Baiklah, saya kira sampai di sini sahaja post saya sempena Hari Bapa ini.
In shaa Allah, kita sambung perkongsian kita pada post yang akan datang dengan topik yang sarat dengan motivasi dan suntikan semangat ke arah perubahan seorang insan yang cemerlang rohani, jasmani dan intelektualnya....
Kasihnya ibu membawa ke Syurga...
Kasihnya bapa tidak pengantinya....

Assalamualaikum....
-TERIMA KASIH ALLAH-





Sunday, June 15, 2014

SIKIT-SIKIT, LAMA-LAMA JADI BUKIT

Assalamualaikum...
Selamat Petang...
Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik oleh Allah dalam menempuh hidup yang penuh dengan onak duri ini.


SIKIT-SIKIT,
LAMA-LAMA JADI BUKIT...
:)



Bukan wang yang saya maksudkan,
Tetapi...
KEBAIKAN yang kita lakukan kepada orang lain...

Adakalanya kita tidak sedar bahawa,
walaupun sikit sahaja kebaikan yang kita hulurkan kepada orang lain...
Akan tetapi,
Impaknya sangat besar kepada hidup orang yang kita bantu...

Segelintir daripada masyarakat kita berpendapat  bahawa jika kita selalu membantu orang yang sama setiap hari...
Kita akan membuatkan mereka menjadi malas dan tidak mahu berusaha...
Serta hanya mengharapkan bantuan orang lain semata-mata...

Tapi,
Alhamdulillah,
Setelah saya menonton satu video tentang kebaikan, persepsi saya terus berubah...
Saya kini lebih yakin bahawa....
Jika hari ini kita ringankan beban orang lain,
In shaa Allah,
Allah akan kembalikan bantuan itu semula kepada kita di saat kita dalam kesusahan...
dan...
Setiap kebaikan kita sebenarnya menjadi pembakar semangat hidup mereka...

Pada post kali ini,
Saya akan kongsikan dengan anda semua sebuah video yang telah memotivasikan diri saya dan menyuntik semangat untuk meringankan beban insan lain...
Video ini mengisahkan seorang lelaki yang membuat kebaikan setiap hari dan kepada orang yang sama dengan cara kebaikan yang sama...


Jangan pandang remeh pada setiap kebaikan yang kita lakukan...
Walaupun sedikit...
Walaupun dipandang ringan oleh sesetengah pihak...
Percayalah...
Hanya kita sahaja yang tahu dan rasai perasaan 'seronok dalam hati' yang wujud selepas bantuan tersebut dihulurkan...

'UNSUNG HERO'

"The poors don't know that their function in life is to exercise our generosity"

http://www.youtube.com/watch?v=xjLYwZkQ-rw

Semoga video ini juga dapat memberi manfaat kepada anda semua...
Sekaligus menggalakkan jiwa kita agar suka melakukan kebaikan...
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca coretan saya pada hari ini...
Sehingga bertemu di post yang akan datang...

Assalamualaikum...
-TERIMA KASIH ALLAH-

Sunday, June 8, 2014

POSITIFKAN DIRI ANDA !!!

Assalamualaikum...
Selamat Pagi...
Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik oleh Allah dalam menghadapi pahit getir kehidupan ini.


Baiklah, tajuk perkongsian kita pada hari ini ialah 'POSITIFKAN DIRI ANDA'
Positif lawannya....
NEGATIF.
Tapi masa bila kita nak positifkan diri?
Kenapa mesti positifkan diri?
Kepada siapa kita perlu positifkan diri?
Dalam perkara apa yang kita perlu positif?
???

Terlalu banyak persoalan yang bermain dalam benak hati dan fikiran kita....
In shaa Allah, semuanya akan kita cari solusinya bersama dalam post kali ini...
:)

'POSITIFKAN DIRI ANDA'
Kita seharusnya positifkan diri kita setiap hari, setiap masa dan setiap ketika...
Kenapa???
Kerana apabila kita positif dalam menghadapi apa jua yang berlaku dalam hidup ini,
kita akan mampu mengawal semua tingkahlaku dan perasaan kita...

TAK PERCAYA?
Baiklah, saya akan berikan 2 analogi agar mudah untuk difahami...

ANALOGI 1 :
Kalau begitu, cuba bayangkan satu situasi di mana kita yang sedang berada dengan seseorang yang suka menghasut dan mengadu domba serta seorang yang suka bawa mulut.... (MACAM SCENE DALAM DRAMA MELAYU JE...hehehe)
Seandainya kita tidak berada dalam POSITIVE MODE ketika itu, pastilah kita juga akan mudah percaya dengan setiap apa yang diperkatakan oleh mereka dan mengakui kebenaran kata-kata mereka....


ANALOGI 2:
Cuba bayangkan kalau tiba-tiba seseorang datang dan memarahi anda di saat anda sedang menikmati sarapan pagi.
Seandainya kita tidak dapat POSITIFKAN DIRI KITA pada ketika kemarahan di'lemparkan' kepada kita dan membalas kemarahan dengan senyuman...
Saya pasti semua yang berada dalam keadaan dan situasi ini akan...
HILANG SELERA UNTUK MAKAN SELEPAS ITU...
sebaliknya KEMARAHAN PULA YANG DATANG MENERPA DALAM DIRI....


POSITIF ! POSITIF ! POSITIFKAN DIRI ANDA !!!
Saya akui adakalanya agak sukar untuk kita tetap berfikiran postif di saat kita dimarahi atas kesalahan yang kita sendiri tidak lakukan...
Ramai yang menganggap apabila kita tidak dapat membalas semula perbuatan mereka dan hanya POSITIF sahaja menerima kemarahan orang lain terhadap diri kita adalah satu perbuatan orang yang lemah dan kita tidak dapat membela diri kita sendiri...
 Tetapi...
Seandainya anda semua tahu bahawa orang yang selalu POSITIFKAN DIRI MEREKA tatkala
dimarahi....
diumpati....
dibenci....
dicemburui...
dan segala di..... yang boleh menjadikan diri kita NEGATIF
 ADALAH SEORANG YANG HEBAT.... kerana mereka mampu mengawal perasaan dan tingkahlaku mereka di saat berhadapan dengan situasi tegang dan panik....


Baiklah, sampai di sini sahaja perkongsian kita pada kali ini...
Jangan lupa untuk selalu 'POSITIFKAN DIRI ANDA' ...
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda untuk membaca coretan insan kerdil ini..
Sehingga bertemu lagi di post yang akan datang...

Assalamualaikum...
-TERIMA KASIH ALLAH-

Sunday, June 1, 2014

HARGAI DIRI SENDIRI SEPERTIMANA KITA MENGHARGAI DIRI ORANG LAIN

Assalamualaikum...
Selamat Pagi...
Terima kasih di atas kesudian semua yang tetap setia menunggu dan membaca coretan blog ini.
Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik oleh Allah Taala dalam menghadapi kehidupan yang penuh onak duri dan suka duka ini.

Apa yang saya ingin kongsikan kepada anda pada hari ini adalah kita haruslah menghargai diri kita sepertimana kita menghargai insan lain.
Seperti mana yang pernah saya kongsikan dalam post yang ke-10 iaitu kita haruslah menghargai mereka yang hadir dalam kehidupan kita walau sesingkat mana pun mereka kita kenali dalam hidup ini.




Sayangilah diri anda...
Berbanggalah dengan diri anda sekarang...
Katakan pada diri bahawa anda bangga menjadi ........ (sebut nama sendiri)
Seandainya kita sendiri tidak menyayangi dan menghargai diri kita sendiri, kita tidak akan mudah dan mampu untuk menghargai orang lain.
Begitu juga dengan mereka yang lain,
Mereka juga tidak akan menghargai diri kita...
Dan kalau bukan kita sendiri yang menghargai diri sendiri,
Siapa lagi???


Sebelum menunjukkan penghargaan kepada orang lain, kita mestilah menghargai diri kita sendiri terlebih dahulu...
Kerana apa?
Kalau bukan kita yang kena sayang pada diri sendiri dulu, siapa lagi???

Berbanggalah walau siapa pun anda...
Tapi jangan semua pembaca salah faham pula,
Bangga di sini bukanlah bererti kita perlu riak dan takabur dengan diri kita...
Tetapi,
erti sebenar bangga di sini adalah suatu penghargaan dan tanda syukur kita kepada jasad yang merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah kepada kita.
Dan jangan pula...
Kita membanggakan diri untuk tujuan yang boleh menyakiti hati orang di sekeliling kita.

Satu tips untuk anda semua...
Terutamanya kepada kaum wanita yang suka berada di hadapan cermin untuk jangka masa yang lama.... (Hehehe)
Setiap kali anda bangun dari tidur atau hatta hendak tidur selepas membaca doa, katakan kepada diri anda bahawa anda sayangkan dan hargai diri anda sangat-sangat....


Jangan hanya mudah melafazkan sayang pada orang lain tetapi pada diri sendiri.... ???
(jawab dalam hati ye)
Sepertimana anda menghargai diri orang lain, seperti itu jugalah...
ANDA....(ye andalah...)
Hargai diri kita sendiri....
Sayangi diri kita sendiri...


Baiklah, sampai di sini sahaja coretan daripada saya pada post kali ini.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda semua untuk membaca post dari saya.
Semoga segala apa yang ditulis dapat memberi inspirasi dan menyuntik semangat anda semua dalam menghadapi pahit getir kehidupan.
Nantikan post dari saya di minggu hadapan.
Sehingga kita bertemu lagi....

Assalamualaikum....
-TERIMA KASIH ALLAH-