Sunday, July 27, 2014

ILLAL LIQA' YA RAMADHAN (JUMPA LAGI RAMADHAN)


Assalamualaikum...
Selamat Malam....
Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dalam menghadapi kehidupan yang penuh dengan cabaran yang adakalanya tidak tertanggung oleh jasad ini dan dipermudah segala urusan dunia dan akhirat...
In shaa Allah...

Alhamdulillah...
Hari ini merupakan hari yang kedua terakhir sebelum kita menyambut hari kemenangan iaitu pada 1 Syawal 1435 Hijrah bersamaan 28 Julai 2014 setelah hampir sebulan berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Dan....
Malam ini juga merupakan solat terawih kita yang terakhir untuk Ramadhan kali ini.

Sama-samalah kita berdoa semoga ini bukanlah Ramadhan yang terakhir buat kita semua..... 
Dan....
Semoga segala ibadah yang kita lakukan diterima oleh-Nya...
In shaa Allah...
Amin.... 

Illal liqa’ Ya Ramadhan...
Jumpa lagi, Ramadhan...
Semoga dipanjangkan umur ini agar kita dapat berjumpa lagi pada Ramadhan yang seterusnya...

Ramadhan...
Kedatanganmu disambut dengan penuh kesyukuran...
Syukur kerana masih diberi kesempatan oleh-Nya...
Berpuasa dan mendidik nafsu agar kembali tunduk sujud kepada-Nya...
Fitrah dikembalikan setelah sebelas bulan ditinggalkan...
Namun....setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan...
Kini...
Dikau sudah mahu pergi lagi...
Andai dipanjangkan umur ini...
Dapat kita berjumpa lagi....

Semoga setiap ibadah kita diterima oleh Allah Taala...
Dan....
Dipanjangkan umur agar berkesempatan untuk bertemu Ramadhan yang akan datang...
In shaa Allah...
Amin....

Sampai di sini sahaja coretan saya...
Semoga apa yang telah kita belajar dan dapat serta amalkan dalam bulan Ramadhan ini...
Diteruskan pada bulan-bulan yang lain juga...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....
MAAF ZAHIR DAN BATIN....


Assalamualaikum....
-TERIMA KASIH ALLAH-
-PRAY FOR GAZA-
-PRAY FOR MH370-
-AL-FATIHAH BUAT MH17-

Sunday, July 20, 2014

PENCARIAN SATU MALAM


Assalamualaikum...
Selamat Malam...
Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik oleh Allah Taala dalam menempuhi hidup yang beronak duri ini...

Alhamdulillah....
Ramadhan kini memasuki fasa ketiga yang merupakan fasa yang terakhir iaitu Pembebasan daripada api neraka.
Dan...
Apabila fasa ketiga kini kita tempuhi, maka bermulalah....
PENCARIAN SATU MALAM...

Malam?
Malam apa pula ni?
Jom buka Quran jap....
Rujuk surah Al-qadr....
Malam yang saya maksudkan di sini adalah Lailatul Qadar.
:)

Semoga kita mengambil peluang yang telah diberikan oleh Allah Taala kepada kita untuk melipatgandakan amalan kita pada malam tersebut...
Opsss...
Bukan malam tersebut sahaja,
Malam-malam yang lain pun begitu juga.
:)

Semoga kita semua dapat menemui malam yang lebih baik daripada seribu bulan ini...
In shaa Allah....Amin....

Sebelum saya menamatkan coretan saya ini,
Saya ingin kongsikan doa yang kita semua boleh baca apabila bertemu malam tersebut...

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عني



Semoga kita mengambil kesempatan dalam mencari malam tersebut dengan memperbanyakkan ibadah solat sunat dan berdoa memohon keampunan atas segala dosa yang telah dilakukan.
Baiklah, sampai di sini sahaja coretan saya...
Semoga kita berjumpa lagi di post yang akan datang...

Assalamualaikum...

-TERIMA KASIH ALLAH-
-PRAY FOR GAZA-
-PRAY FOR MH370-
-AL-FATIHAH FOR MH17

Sunday, July 13, 2014

KENYATAAN YANG MEMILUKAN DAN SIFAT SYUKUR...

Assalamualaikum...
Selamat Tengahari...
Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik oleh Allah Taala dalam menempuhi hidup yang beronak duri ini...

KENYATAAN YANG MEMILUKAN...
Itulah yang sedang berlaku di Gaza sekarang ini...
Walaupun ianya sangat menyebak dan menyesakkan dada apabila sesekali bermain-main di fikiran...
Tetapi,
Itulah kenyataannya...
GAZA....
Sebuah bumi yang berdarah...
:'(

Gaza...
Bumi ini kini diserang lagi...
Setiap hari mereka dihujani dengan das tembakan...
Keamanannya diragut tatkala penduduknya sedang menjalani ibadah puasa di bulan yang mulia ini...
Anak-anaknya menjadi yatim piatu dalam sekelip mata...
Begitu juga sebaliknya...

Walaupun kita cuba untuk menidakkannya...
Tapi, ingatlah...
Inilah kenyataannya...
KENYATAAN YANG MEMILUKAN...

Berbeza dengan kita di bumi Malaysia ini,
Aman....
Tenang...
Tanpa peperangan...
Sunyi dari bunyi letupan...(kecuali bunyi letupan mercun bola yang dibaling oleh budak-budak nakal)
Oleh itu, kita semua mestilah bersyukur dengan nikmat keamanan yang telah dikurniakan oleh Allah Taala kepada kita.
Kerana,
Alhamdulillah, kita masih dapat berpuasa dalam keadaan tenang...
Dapat berkumpul dengan semua ahli keluarga ...
Bersahur dan berbuka bersama mereka...

Di bulan yang mulia ini...
Yang mana doa orang yang berpuasa dimakbulkan oleh Allah Taala...
Semoga kita dapat mengambil kesempatan ini...
untuk mendoakan agar keamanan bumi Gaza dikembalikan semula...
In shaa Allah....Amin...

Baiklah, sampai di sini sahaja coretan saya...
Semoga kita berjumpa lagi di post yang akan datang...
Assalamualaikum...
-TERIMA KASIH ALLAH-
-PRAY FOR GAZA-
-PRAY FOR MH370-



Sunday, July 6, 2014

KUASA SEBUAH SENYUMAN... :)

Assalamualaikum...
Selamat Malam....
Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dalam menghadapi kehidupan yang penuh dengan cabaran yang adakalanya tidak tertanggung oleh jasad ini dan dipermudah segala urusan dunia dan akhirat...
In shaa Allah...
Alhamdulillah, hari ini genap seminggu kita berada dalam bulan Ramadhan dalam menjalani ibadah puasa yang telah difardhukan ke atas kita sebagai hamba-Nya.


Baiklah, perkongsian kita pada hari ini adalah mengenai SENYUMAN yang mana mempunyai kuasanya yang tersendiri..
Senyuman?
Ada kuasa?
Biar betul?
Macam tak percaya je....

Ya, tidak dapat disangkal lagi bahawa SENYUMAN yang kita lemparkan setiap hari mempunyai kuasanya tersendiri...
Yang mana virus yang tersebar melalui senyuman akan merebak kepada setiap orang yang terkena virus wabak ini,
Dan...
Akan membuatkan mereka juga turut tersenyum... :)


Apabila kita melemparkan satu senyuman yang ikhlas kepada orang lain...
Tatkala itu, kita juga telah menyalurkan kepada mereka satu kebahagian yang mana,
hanya kita dan insan tersebut sahaja yang merasainya...

Senyuman membawa kepada kebahagian...
Senyuman juga mampu mengubat jiwa yang lara...
Senyuman juga mampu menceriakan hari seseorang...

Mulakanlah pagi hari baru kita dengan satu senyuman,
meskipun...pada hari itulah kita...
kena marah dengan cikgu...
kena kejar dengan anjing...
kena tipu dengan kawan...
gagal dalam peperiksaan... (daripada semua contoh yang saya berikan, situasi inilah menyebabkan kita tidak mampu untuk mengukir sebuah senyuman yang penuh dengan keikhlasan)  :'(
dan bermacam-macam lagi...


SENYUMLAH di saat diri ini gundah gulana...
kerana apa,
kita sendiri akan membantu untuk mengubah mood kita pada hari tersebut...
dan...
kerana kita akan menyalur kebahagian dan keceriaan pada diri kita sendiri...
yang mana, ini semua mampu memberi semangat kepada kita dalam memulakan dan mencorak hari baru kita...

SENYUM...
Antara perkara yang digalakkan dalam Islam kepada setiap penganutnya...
Satu perbuatan yang tidak perlu dibayar walau satu sen sekalipun,
hatta besar ganjarannya di sisi Allah...
 
Tapi adakalanya kita juga susah untuk mempraktikkannya di saat kita berada dalam...
kesedihan...
kemarahan...
ketakutan...
kebimbangan...
Tidak mengapa...cuba praktikkan secara perlahan-lahan...
Ingin saya kongsikan di sini bersama anda semua...
Saya juga bukanlah seseorang yang suka 'melemparkan' senyuman kepada orang lain...
Tapi...
Selepas saya menerima satu feedback daripada seseorang bahawa dia sangat 'takut' untuk menegur saya...
Katanya kerana dia asyik lihat saya dengan muka yang masam tanpa SENYUMAN...
:'(
Tapi, sekarang saya cuba untuk membiasakan diri saya untuk sentiasa tersenyum,
walaupun di fikiran ini sedang memikirkan 1001 masalah...
Tapi...saya pasti jika saya boleh...
In shaa Allah,  anda semua juga mampu melakukannya... 
Bukankah SENYUMAN itu amalan yang mulia lagi berpahala...
Dan...SENYUM itu adalah satu sedekah...
Apatah lagi di bulan yang mulia ini...
SENYUM SENYUM selalu....

Baiklah, sampai di sini sahaja perkongsian kita pada minggu ini.
Jangan lupa nantikan perkongsian yang lebih menarik daripada saya pada minggu hadapan...

Assalamualaikum...
-TERIMA KASIH ALLAH-