Bismillah..
Assalamualaikum ...
Terima kasih diucapkan kepada anda, pembaca yang sudi meninjau blog saya yang tak seberapa ini. Semoga kita semua diberikan kekuatan oleh Allah dalam menempuhi kehidupan yang penuh dengan onak duri ini. Semoga Allah melindungi diri dan menjaga iman kita agar tetap teguh berpegang kepada agama-Nya...In shaa Allah
Baiklah, perkongsian saya kali ini adalah "Kasihi Orang Lain". Tapi topik ini lebih kepada mengasihi mereka yang bukan daripada darah daging kita sendiri. Tidak kira sama ada kawan rapat , kenalan hatta sesiapa sahaja.
Sabda Rasulullah s.a.w : Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudara-saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri.
Oleh itu...
Kasihilah orang lain sepertimana kita mengasihi diri kita sendiri...
Hargailah orang lain sepertimana kita menghargai diri kita sendiri...
Jagalah hati orang lain sepertimana kita menjaga hati kita sendiri...
Kadang-kadang dalam hidup ini seringkali kita terlepas pandang apabila ianya melibatkan kepentingan orang lain. Selalu mementingkan diri sendiri sehingga terkadang lupa kepada mereka yang berada di sekeliling kita. Menganggap seolah-olah mereka tidak wujud dan hanya tersedar kehadiran mereka di saat kita memerlukan bantuan dan pertolongan daripada mereka.
Saya akui diri ini juga terkadang begitu. Mungkin kerana adanya sedikit sifat paranoid untuk mengasihi orang lain sepertimana saya mengasihi diri saya sendiri. Tapi Alhamdulillah.. sifat tersebut berubah tatkala saya diberikan seorang permata hati yang bukan lahir dari rahim ibu saya dan semestinya bukan rahim saya (masih single lagi ye)..hihihi
Allahu akbar... Alhamdulillah..setelah sekian lama rumah saya sepi daripada tangisan kanak-kanak, kini menjadi riuh dengan kehadiran permata itu. Perasaan sayang yang wujud dalam diri saya terhadap anak kecil itu saya rasakan sangat luar biasa..
Ya Allah...kadang-kadang tak sangka bahawa perasaan kasih sayang yang sangat indah ini menyentak sanubari saya. Perasaan ingin sentiasa melindungi dan menjaganya terus kuat dalam hati saya sehinggakan setiap kesakitan dan kesedihan yang dia rasai akan turut saya rasai. Sesungguhnya kehadiran dia dalam hidup saya sangat istimewa.
Namun begitu, tidak seperti kanak-kanak lain, permata hati saya mempunyai kekurangan. Mungkin luarannya normal tapi sebenarnya dia tergolong dalam kalangan kanak-kanak istimewa. Keistimewaan tersebut walaupun pada sesetengah orang yang saya pernah jumpa tidak menganggap dia seperti kanak-kanak istimewa lain memandangkan kekurangannya terkadang membawa kepada pandangan sinis terhadapnya. (maaf tapi saya kurang senang untuk berkongsi kekurangan tersebut dengan para pembaca..mungkin di post yang lain...in shaa Allah)
Setiap perkataan mahupun anggapan orang lain yang tidak disenangi terhadap permata hati saya pasti akan membuatkan hati ini berasa sangat sedih dan terkesan daripada kata-kata tersebut. Terkadang hati ini meronta dan ingin menegur mereka tapi kerana perasaan hormat, saya hanya simpannya dalam hati sahaja... (dan menangis di bucu katil seorang diri..huhuhu)
Tidak semua orang dapat mengasihi mereka yang bukan darah daging kita. Oleh itu, beruntunglah mereka yang mempunyai hati yang cukup besar dan penuh dengan perasaan kasih dan sayang kepada orang lain...
Alhamdulillah..setakat ini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Semoga saya diberikan kekuatan dan kelapangan waktu agar dapat lagi mencoret secebis kisah di post yang akan datang.
Maaf kalau post saya kali ini mahupun yang sebelum-sebelum ini telah menguris perasaan sesiapa. Diharapkan semoga post kali ini dapat membuka mata dan hati kita untuk mengasihi mereka yang lain tanpa mengenal hubungan darah, kaum dan juga agama...
Wassalam :)
#sayangidirisendiri
#sayangioranglain
#sayangisemua
No comments:
Post a Comment