Assalamualaikum...
Selamat pagi...
Diucapkan kepada semua pembaca blog ini yang masih setia meluangkan masa
untuk membaca coretan daripada saya.
Semoga anda semua diberikan kesihatan yang baik oleh Allah Taala dalam
menempuhi hidup yang penuh onak duri dan ujian ini.
Baiklah, apa yang saya hendak kongsikan pada hari ini dengan anda semua
adalah mengenai wrap up session program SERU (program yang saya telah ceritakan
pada anda semua pada post-post yang lalu ) yang mana merupakan sesi program
yang terakhir bagi sesi 2013/2014.
Di mana, untuk sesi ini, kami semua dikehendaki untuk berkongsi dengan
rakan-rakan yang lain tentang perubahan yang berlaku dalam diri kami sepanjang
kami mengikuti program ini. Baiklah, sebelum saya berbicara lebih lanjut
tentang inspirasi siapakah yang telah menaikkan semangat saya....saya akan
berkongsi dengan anda semua, duhai pembaca blogku mengenai perubahan yang berlaku
dalam diri saya yang saya telah kongsikan dengan sahabat-sahabat SERU yang
lain.
Ada 2 perubahan yang saya dapat lihat dalam kehidupan saya yang mana amat
berbeza dan ketara daripada sebelum ini. Kedua-duanya saya telah terperincikan
dalam post-post yang lepas. :)
Pertama : PLANNER
Sebelum saya menyertai program SERU, saya adalah seorang yang tidak pandai
untuk menguruskan masa saya dengan betul. Saya tidak pernah mencatatkan apa-apa
perkara penting dalam bentuk tulisan tetapi hanya dalam bentuk ingatan
semata-mata. Dan akhirnya... saya pernah berselisih faham dengan seorang rakan
kerana perkara ini. Saya telah berjanji dengan kawan saya untuk study group
tapi dek kerana hanya mengingatinya dalam ingatan semata-mata .... pada masa
yang sama saya telah membuat janji dengan kawan yang lain untuk menemaninya
keluar untuk membeli barang... Semenjak peristiwa itu , saya kini lebih
berhati-hati dalam membuat janji dengan seseorang... Dan Alhamdulillah, masalah
yang berlaku antara saya dengan kawan saya telah dapat diselesaikan dan kami
masih berkawan sehingga ke hari ini. Dan apabila saya menyertai program SERU,
barulah saya dapat tahu mengenai sesuatu yang dipanggil...PLANNER (boleh rujuk
blog saya yang lepas bawah tajuk 'Planner' )
Alhamdulillah, selepas memiliki planner buatan sendiri (kalau nak beli,
poket ni dah keringlah pula...) , kini saya mampu mengatur perjalanan aktiviti
saya dengan baik. Planner ni dah saya anggap seperti kawan baik saya
sendiri....Kemana-kemana saya pergi, planner mesti ada sentiasa dalam beg.
(kecuali ke tandas ye :) Segala aktiviti dan perancangan akan saya catatkan di situ. Setiap kali, sebelum membuat janji dengan orang lain, saya akan tengok sahabat baik saya ini (PLANNER) agar pisang tidak berbuah dua kali...agar ikatan ukhuwah tidak terputus lagi.
Kedua : 360 DEGREE FEEDBACK
Sebelum saya menyertai program SERU, saya adalah seorang yang tidak suka untuk menerima anggapan orang lain atau penilaian mereka terhadap diri saya. Tapi... Alhamdulillah, selepas menyertai program ini, saya lebih berfikiran terbuka dalam menerima apa jua penilaian orang lain terhadap diri saya sama ada kekuatan yang ada dalam diri ini mahupun kelemahan. Tapi, kebiasaannya fikiran yang sempit bukan pada penilaian tentang kekuatan tapi apabila penilaian tentang kelemahan diri. Ada sesetengah daripada kita akan mudah 'melenting' dan marah apabila orang lain menilai kelemahan dalam diri kita dan mereka itu termasuklah diri orang yang menulis blog ini. Dan, ada juga yang takut untuk mengetahui tentang penilaian orang lain tentang diri kita. Tapi, Alhamdulillah, sifat itu semua saya cuba untuk hakiskan dan buang dalam diri ini sedikit demi sedikit. Saya kini berusaha untuk menerima pendapat orang lain tentang diri saya. In shaa Allah... Jika kita suka kritik orang lain, oleh itu tidak salahlah jikalau mereka juga mengkritik kita. (Sekadar pandangan saya semata)
Baiklah, saya rasa cukup sampai di sini sahaja coretan saya untuk post kali ini.
Kepada semua pembaca blog ini, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membaca blog saya ini.In shaa Allah, post ini akan ada bahagian keduanya nanti...
Anda semua ingi tahu luahan siapa yang memberi inspirasi dalam hidup saya???
Nantikan post saya yang seterusnya pada hari Sabtu akan datang. :)
Sehingga kita bertemu lagi.
Assalamualaikum...
-ALHAMDULILLAH-
-TERIMA KASIH ALLAH-
No comments:
Post a Comment