Monday, April 28, 2014

PLANNER...

Assalamualaikum...
Selamat Malam...
Diucapkan kepada semua pembaca blog saya yang saya kasihi.
Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik oleh Allah agar dapat meneruskan hidup kita di bumi yang fana ini.



Perkongsian kita pada kali ini adalah mengenai PLANNER.
Apa itu planner?
Planner atau boleh juga dianggap sebagai diari adalah satu usaha untuk kita mengatur dan merancang perjalanan aktiviti harian kita.

Tidak perlu kita mengeluarkan duit yang banyak semata-mata untuk membeli planner yang cantik dan mahal dijual di kedai-kedai.
Kerana apa?
Kerana dengan sebuah buku tulis biasa (buku tulis budak sekolah rendah), kita sudah mampu menghasilkan satu planner aktiviti harian kita.
(Ini adalah tips bagi orang yang nak berjimat seperti saya...hihihi)

Caranya...
Bahagikan muka surat buku tersebut (dua mukasurat) kepada 7 kolum yang mewakili 7 hari. Kemudian, bahagikan kepada beberapa baris yang mampu dibuat ke dalam dua page tersebut. Tandakan setiap kotak yang telah dibuat dengan bilangan hari bulan. Bezakan antara bulan demi bulan.
Mungkin, penerangan saya ini agak samar-samar.

Tetapi…
In shaa Allah, jika pembaca sekalian sudah bersedia untuk membuat planner buatan sendiri, anda akan nampak dengan jelas caranya.
Dengan cara ini, kita akan dapat menjimatkan kos sekaligus mempunyai satu planner buatan sendiri yang dapat membantu kita menguruskan aktiviti seharian kita…
Alhamdulillah, dengan adanya PLANNER di sisi saya, saya dapat menentukan dan mengawal segala aktiviti harian saya agar tidak bercelaru fikiran ini nanti.
Selain itu, saya dapat mengelakkan hari-hari saya berlalu tanpa melakukan sesuatu yang berfaedah dan bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain.



Baiklah, setakat ini sahaja perkongsian kita kali ini.
Nantikan post saya yang berikutnya...
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda untuk membaca blogku.

Alhamdulillah...
Assalamualaikum...
-TERIMA KASIH ALLAH-

Saturday, April 26, 2014

360 DEGREE FEEDBACKS...

Assalamualaikum...
Selamat malam...
Diucapkan kepada semua yang setia menunggu dan membaca coretan dari saya.
Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik oleh Allah dalam menempuhi hidup kita yang penuh onak dan duri ini.

Baiklah, perkongsian kita pada post kali ini adalah berkaitan 360 DEGREE FEEDBACKS.
Apa itu?
360 DEGREE FEEDBACKS ialah salah satu cara untuk kita menilai diri kita berdasarkan pendapat dan dari segi perspektif orang lain atau lebih tepat lagi dari kaca mata mereka.

Kita perlulah mempunyai rasa ingin tahu akan pendapat orang lain tentang kekuatan dan kelemahan diri kita.
Dengan itu, kita dapat menilai kembali dan memperbaiki kesilapan kita.
Manusia belajar daripada kesilapan yang telah dilakukan.
Walaupun agak sukar untuk meminta orang lain menilai diri kita dek kerana sifat malu yang berbekas dalam diri, hal ini sedikit sebanyak akan membantutkan usaha kita untuk menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya.

Kita mungkin akan berasa takut akan perspektif dan pendapat orang lain tentang diri kita apatah lagi tentang kelemahan dan bukannya kekuatan yang mana sedikit sebanyak menyejukkan hati yang takut untuk melihat di bahagian kelemahan yang mereka tulis dan nilai pada diri kita.

Tapi percayalah,
Setelah kita meminta orang lain menilai kekuatan dan kelemahan kita kemudian menerima feedback daripada mereka, kita akan tahu di mana letaknya kekuatan kita sekaligus berusaha untuk memperbaiki kelemahan yang orang lain nampak dalam diri kita.


Tidak dapat dinafikan bahawa penilaian manusia itu tidak penting kerana apa yang kita lihat pada diri kita, itulah yang sebenar-benarnya...
Tetapi...
Penilaian manusialah yang dapat membantu diri kita agar dapat melihat kelemahan yang ada dalam diri kita yang kita sendiri tidak nampak.
Oleh itu,
Beranikanlah diri anda untuk mengetahui dan menanya pendapat orang lain tentang kekuatan dan kelemahan diri anda apatah lagi bertanya kepada musuh ketat dan juga orang yang ada tidak kenali.

Baiklah, sampai di sini sahaja coretan dan perkongsian ilmu kita.
Terima kasih kerana sudi menunggu dan membaca setiap baris ayat yang kutaip.
Minta perhatian : In shaa Allah, jadual untuk saya update dan post adalah pada hari Jumaat dan Ahad. In shaa Allah... semoga dipermudahkan oleh Allah.
Jumpa lagi pada post yang akan datang.
Assalamualaikum...

-TERIMA KASIH ALLAH-




Monday, April 21, 2014

FOKUS !!!

Assalamualaikum...:)
Selamat Petang. :)
Diucapkan kepada semua yang sentiasa setia menanti coretan daripada hamba Allah ini.
Semoga kita sebuah diberikan kesihatan yang baik oleh Allah agar dapat meneruskan dan melaksanakan tanggungjawab dan amanah kita hidup di dunia ini sebagai khalifah-Nya...
dan semoga tetap tabah dalam menghadapi hidup yang penuh dengan onak duri ini.

Saya memohon seribu kemaafan kerana penulisan ini telah terhenti secara tiba-tiba atas sebab-sebab yang saya sendiri tidak dapat elakkan dan di luar bidangkuasa dan kemampuan diri ini.

Tapi, jangan risau...jangan sedih...
Kita akan sambung lagi perkongsian kita pada hari...
Dibawah tajuk 'FOKUS !!!'


Fokus?
Apa tu?
Fokus...Pay Attention...Beri perhatian...Tarkiz (yang ni Bahasa Arab ye)

Tidak kiralah apa yang kita sebut, fokus itu penting ! Penting dalam apa jua bidang dan perkara yang kita lakukan.
Jangan sampai kita hilang fokus pada apa yang kita lakukan sekarang.
Dengan erti kata yang lain, jangan mencampuradukkan apa yang anda lakukan sekarang dengan perkara lain...
Anda akan hilang fokus apabila berbuat sedemikian...

Sentiasa membahagikan tumpuan anda pada setiap perkara. Jangan sekali-kali memikirkan perkara lain apabila anda sedang melakukan perkara lain...
Kerana apa?
Anda akan penat kerana fikiran tidak mampu berfikir dan menanggung beban fikiran yang banyak...


Bagi yang muslim, samalah juga dengan solat. Kita perlu fokus atau dengan erti kata yang lain 'khusyuk' sewaktu menunaikan solat.
Secara tidak langsung, solat mengajar kita agar fokus dalam perkara yang kita lakukan dengan tidak membiarkan fikiran kita melayang ke tempat lain memikirkan perkara selain daripada yang kita sedang lakukan sekarang...

Apa-apapun, STAY FOCUS!!! YOU CAN DO IT !  ;)



Baiklah, setakat ini sahaja coretan saya. In shaa Allah, saya akan sambung semula perkongsian kita pada masa yang akan datang. Terima kasih kerana sudi membaca setiap coretan saya.  :)
Assalamualaikum...

-ALHAMDULILLAH-
-ALLAHU AKBAR-
#Teruskan Berdoa Untuk MH370

Thursday, April 10, 2014

JANGAN CEPAT BERPUTUS ASA!!!

Assalamualaikum...
Selamat malam...
Diucapkan kepada anda semua yang setia menanti dan menunggu coretan daripada diriku yang tak seberapa ini.
Semoga kita semua diberikan kesihatan agar dapat menjalani hidup di dunia yang penuh ranjau dan onak duri ini.

Seperti yang kita ketahui, ramai daripada kita memilih untuk berhenti dan berputus asa daripada melakukan sesuatu yang dirasakan sudah tidak mampu untuk diteruskan lagi.
Bukankah kita semua tahu bahawa sifat cepat berputus asa ini sangat dibenci oleh Allah?
Tapi...sifat manusia...suka melakukan perkara-perkara yang mudah dan meninggalkan perkara yang sukar.

Kita semua sedia maklum bahawa tiada perkara di dunia ini mudah dan senang. Semuanya perlu diusahakan walaupun susah mana sekalipun.
Di saat diri kita lemah dan merasakan hendak berhenti daripada melakukan sesuatu perkara, kita perlulah kuat dan terus menerus memaksa diri untuk terus melakukannya walaupun kita sedar bahawa segala usaha telah pun dicurahkan.




Sedangkan hendak merasai kemanisan sesebuah kejayaan itu pun kita perlu berusaha, apatah lagi apabila melakukan pekerjaan yang sekarang kita lakukan, (yang halal dan bermanfaat sahaja  ;)  ) perlukan usaha juga.

Jangan cepat berputus asa...
DON'T GET AN INCH UNTIL THE LAST BUZER SOUND...;)
Inilah kata-kata yang saya pegang sehingga kini...
Sering terngiang-ngiang di saat saya merasakan sudah tidak mampu menyelesaikan apa yang saya lakukan sekarang...
Tapi, di saat kata-kata ini melekat di telinga ini, saya mulai sedar bahawa setiap yang kita mulakan, kitalah yang harus selesaikannya walaupun perkara itu adakalanya dirasakan tidak mengapa jika kita biarkan orang lain yang menyudahkannya bagi pihak kita...

Tapi ingatlah, kalau kita boleh mula dan selesaikan untuk isi perut kita dengan makanan, semacam itu jugalah kita perlu usaha sehingga kerja yang kita buat sekarang selesai...



Baiklah, sampai sini sahaja coretan daripada saya.
Semoga dapat memberi motivasi dan menyuntik semangat mereka yang merancang untuk berputus asa.
Semoga berjumpa di post yang akan datang.

Assalamualaikum....

-TERIMA KASIH ALLAH-

#Selalu doakan MH370#


Monday, April 7, 2014

HARGAILAH MEREKA... :)

Assalamualaikum...
Selamat Malam...
Diucapkan kepada anda semua yang tetap setia menemani dan membaca setiap coretan saya...
Semoga setiap coretan saya memberi anda motivasi dalam meneruskan hidup kita di bumi Allah s.w.t. ini.
Dan semoga kita diberikan kesihatan yang baik dalam menyusuri hidup yang penuh onak duri ini.



Kita perlulah bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana selalu bersama kita walau di mana sahaja kita berada.
Selain itu, Dia jualah yang mengurniakan kita insan-insan yang selalu berada di sekeliling kita tatkala kita gembira, sedih, resah, gelisah, dan lain-lain perasaan yang rasanya perlu diluahkan pada seseorang.

Hargailah insan-insan tersebut...
Tidak kiralah samaada mereka ibubapa kita...
Atau sahabat kita...
Atau mereka yang ada pertalian persaudaraan dengan kita...
Apatah lagi mereka yang tidak ada apa-apa pertalian darah dengan kita walaupun kita baru berjumpa dengan mereka beberapa minit sahaja...

Hargailah mereka...
Mereka hadir di saat kita amat memerlukan mereka...
Mereka hadir di saat kita buntu berdepan dengan masalah yang mendatang dalam hidup...
dan...
Mereka hadir di saat air mata yang bergelinang ini tidak mampu lagi kita tahannya daripada mengalir membasahi pipi...

Hargailah mereka...
Walaupun mereka...
Anda sudah lama mengenali mereka...(ibubapa dan adik-beradik)
Walaupun mereka...
Tidak selalu anda temui...(sahabat handai)
Walaupun mereka...
Baru ditemui beberapa tahun sahaja...
Beberapa bulan sahaja...
Beberapa hari sahaja...
Beberapa jam sahaja...
Beberapa minit sahaja...
Hatta beberapa saat  sahaja sekalipun...
Marilah kita hargai mereka walaupun mereka tidak pernah menunjukkan penghargaan mereka terhadap kita...
Kerena...
Jauh disudut hati mereka mungkin terselit satu rasa syukur kerana dipertemukan dengan diri kita dan menjadi sebahagian daripada hidup kita...
Bersyukur walau siapapun yang anda temui...
Walaupun mereka berbeza usia dengan kita...
Berbeza agama dengan kita...
Hatta berbeza jantina dengan kita...
Hargailah mereka kerana tatkala kita tidak berbuat demikian, mungkin ada orang di luar sana yang lebih menghargai mereka daripada kita...

Semoga dengan coretan saya ini dapat menyedar dan menyentuh hati kita agar sentiasa bersyukur dan menghargai setiap insan yang hadir dalam hidup kita.
Terima kasih kerana sudi membaca post saya dan jangan lupa untuk menantikan post saya akan datang.

Assalamualaikum

-TERIMA KASIH ALLAH-




Saturday, April 5, 2014

ERTI KEBERANIAN SEBENAR...

Assalamualaikum...
Selamat Pagi...
Diucapkan kepada semua pembaca blog ini yang tetap setia menanti post-post saya pada setiap minggu.
Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik agar bisa menghadapi setiap ujian hidup yang didatangkan kepada kita tanpa kita duga...


Keberanian...:)
Apa itu keberanian?
Siapakah yang berani?
Adakah kita berani?
Adakah dengan terjun daripada tingkat 100 itu dikira berani?
Atau...
Lompat daripada tingkat 200 ke tingkat 100 itu berani?
Keberanian apa yang kita hendak bincang kali ini???



Sebenarnya...
Tidak dinafikan bahawa mereka yang lompat atau terjun daripada tingkat yang paling atas ke tingkat yang paling bawah adalah dikira berani...
Akan tetapi itu semua berani pada benda yang agak mustahil dan mencabar.

Ramai daripada kita yang menganggap bahawa definisi keberanian adalah apabila kita mampu melakukan perkara yang mencabar dan ramai manusia takut untuk melakukannya...
Tetapi...
Bagi saya keberanian itu bukanlah setakat berani dan mampu melakukan perkara-perkara yang menguji ketahanan dan kekuatan mental dan badan,
Tetapi...
Keberanian yang sebenar ialah apabila kita mampu dan berani untuk mencuba perkara-perkara yang kita takuti.


Berani untuk bertanyakan soalan di dalam kelas...
Berani untuk menyuarakan pendapat kita...
Berani untuk mengetuai sesebuah kumpulan...
Berani untuk pergi berjumpa dengan masyarakat luar...
Berani untuk berinteraksi dengan orang luar...
Itu semua adalah erti KEBERANIAN yang sebenar bagi saya...

Seseorang yang hebat dan berani adalah mereka yang berani untuk mencuba sesuatu yang tidak pernah mereka lakukan...
Mencuba sesuatu yang mereka takuti selama ini untuk lakukan...



Saya akui...
Memang agak susah dan sukar sekali apabila kita di'paksa' keluar daripada zon selesa kita yang selamat dan aman ini...
Namun begitu,
Sampai bilakah kita akan terus membiarkan diri kita terus mundur dan kebelakang sedangkan masyarakat sekarang berlumba-lumba untuk kehadapan dan terus maju...



Ayuh semua,
'Bangun' daripada 'tempat tidur' kita yang selesa ini,
'Angkat'lah kepala kita daripada 'bantal' yang empuk ini,
Dan...
Beranikan diri kita serta perbaharui hidup kita dengan melakukan perkara yang selama ini kita takuti...(perkara yang ditakuti yang saya maksudkan di sini adalah perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan hukum syara')



Baiklah,
Sampai di sini sahaja perbincangan kita,
Jangan lupa untuk menantikan post saya yang berikutnya di lain masa,
Semoga bertemu lagi di post yang akan datang.

Assalamualaikum...

-TERIMA KASIH ALLAH-