Monday, April 21, 2014

FOKUS !!!

Assalamualaikum...:)
Selamat Petang. :)
Diucapkan kepada semua yang sentiasa setia menanti coretan daripada hamba Allah ini.
Semoga kita sebuah diberikan kesihatan yang baik oleh Allah agar dapat meneruskan dan melaksanakan tanggungjawab dan amanah kita hidup di dunia ini sebagai khalifah-Nya...
dan semoga tetap tabah dalam menghadapi hidup yang penuh dengan onak duri ini.

Saya memohon seribu kemaafan kerana penulisan ini telah terhenti secara tiba-tiba atas sebab-sebab yang saya sendiri tidak dapat elakkan dan di luar bidangkuasa dan kemampuan diri ini.

Tapi, jangan risau...jangan sedih...
Kita akan sambung lagi perkongsian kita pada hari...
Dibawah tajuk 'FOKUS !!!'


Fokus?
Apa tu?
Fokus...Pay Attention...Beri perhatian...Tarkiz (yang ni Bahasa Arab ye)

Tidak kiralah apa yang kita sebut, fokus itu penting ! Penting dalam apa jua bidang dan perkara yang kita lakukan.
Jangan sampai kita hilang fokus pada apa yang kita lakukan sekarang.
Dengan erti kata yang lain, jangan mencampuradukkan apa yang anda lakukan sekarang dengan perkara lain...
Anda akan hilang fokus apabila berbuat sedemikian...

Sentiasa membahagikan tumpuan anda pada setiap perkara. Jangan sekali-kali memikirkan perkara lain apabila anda sedang melakukan perkara lain...
Kerana apa?
Anda akan penat kerana fikiran tidak mampu berfikir dan menanggung beban fikiran yang banyak...


Bagi yang muslim, samalah juga dengan solat. Kita perlu fokus atau dengan erti kata yang lain 'khusyuk' sewaktu menunaikan solat.
Secara tidak langsung, solat mengajar kita agar fokus dalam perkara yang kita lakukan dengan tidak membiarkan fikiran kita melayang ke tempat lain memikirkan perkara selain daripada yang kita sedang lakukan sekarang...

Apa-apapun, STAY FOCUS!!! YOU CAN DO IT !  ;)



Baiklah, setakat ini sahaja coretan saya. In shaa Allah, saya akan sambung semula perkongsian kita pada masa yang akan datang. Terima kasih kerana sudi membaca setiap coretan saya.  :)
Assalamualaikum...

-ALHAMDULILLAH-
-ALLAHU AKBAR-
#Teruskan Berdoa Untuk MH370

No comments:

Post a Comment