Assalamualaikum...
Selamat
Malam...
Diucapkan
kepada semua pembaca blog saya yang saya kasihi.
Semoga
kita semua diberikan kesihatan yang baik oleh Allah agar dapat meneruskan hidup
kita di bumi yang fana ini.
Perkongsian
kita pada kali ini adalah mengenai PLANNER.
Apa itu
planner?
Planner
atau boleh juga dianggap sebagai diari adalah satu usaha untuk kita mengatur
dan merancang perjalanan aktiviti harian kita.
Tidak
perlu kita mengeluarkan duit yang banyak semata-mata untuk membeli planner yang
cantik dan mahal dijual di kedai-kedai.
Kerana
apa?
Kerana
dengan sebuah buku tulis biasa (buku tulis budak sekolah rendah), kita sudah
mampu menghasilkan satu planner aktiviti harian kita.
(Ini adalah tips bagi orang yang nak berjimat seperti saya...hihihi)
Caranya...
Bahagikan
muka surat buku tersebut (dua mukasurat) kepada 7 kolum yang mewakili 7 hari.
Kemudian, bahagikan kepada beberapa baris yang mampu dibuat ke dalam dua page
tersebut. Tandakan setiap kotak yang telah dibuat dengan bilangan hari bulan.
Bezakan antara bulan demi bulan.
Mungkin,
penerangan saya ini agak samar-samar.
Tetapi…
In shaa
Allah, jika pembaca sekalian sudah bersedia untuk membuat planner buatan sendiri,
anda akan nampak dengan jelas caranya.
Dengan
cara ini, kita akan dapat menjimatkan kos sekaligus mempunyai satu planner
buatan sendiri yang dapat membantu kita menguruskan aktiviti seharian kita…
Alhamdulillah,
dengan adanya PLANNER di sisi saya, saya dapat menentukan dan mengawal segala
aktiviti harian saya agar tidak bercelaru fikiran ini nanti.
Selain
itu, saya dapat mengelakkan hari-hari saya berlalu tanpa melakukan sesuatu yang
berfaedah dan bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain.
Baiklah,
setakat ini sahaja perkongsian kita kali ini.
Nantikan
post saya yang berikutnya...
Terima
kasih kerana sudi meluangkan masa anda untuk membaca blogku.
Alhamdulillah...
Assalamualaikum...
-TERIMA
KASIH ALLAH-
No comments:
Post a Comment