Thursday, April 10, 2014

JANGAN CEPAT BERPUTUS ASA!!!

Assalamualaikum...
Selamat malam...
Diucapkan kepada anda semua yang setia menanti dan menunggu coretan daripada diriku yang tak seberapa ini.
Semoga kita semua diberikan kesihatan agar dapat menjalani hidup di dunia yang penuh ranjau dan onak duri ini.

Seperti yang kita ketahui, ramai daripada kita memilih untuk berhenti dan berputus asa daripada melakukan sesuatu yang dirasakan sudah tidak mampu untuk diteruskan lagi.
Bukankah kita semua tahu bahawa sifat cepat berputus asa ini sangat dibenci oleh Allah?
Tapi...sifat manusia...suka melakukan perkara-perkara yang mudah dan meninggalkan perkara yang sukar.

Kita semua sedia maklum bahawa tiada perkara di dunia ini mudah dan senang. Semuanya perlu diusahakan walaupun susah mana sekalipun.
Di saat diri kita lemah dan merasakan hendak berhenti daripada melakukan sesuatu perkara, kita perlulah kuat dan terus menerus memaksa diri untuk terus melakukannya walaupun kita sedar bahawa segala usaha telah pun dicurahkan.




Sedangkan hendak merasai kemanisan sesebuah kejayaan itu pun kita perlu berusaha, apatah lagi apabila melakukan pekerjaan yang sekarang kita lakukan, (yang halal dan bermanfaat sahaja  ;)  ) perlukan usaha juga.

Jangan cepat berputus asa...
DON'T GET AN INCH UNTIL THE LAST BUZER SOUND...;)
Inilah kata-kata yang saya pegang sehingga kini...
Sering terngiang-ngiang di saat saya merasakan sudah tidak mampu menyelesaikan apa yang saya lakukan sekarang...
Tapi, di saat kata-kata ini melekat di telinga ini, saya mulai sedar bahawa setiap yang kita mulakan, kitalah yang harus selesaikannya walaupun perkara itu adakalanya dirasakan tidak mengapa jika kita biarkan orang lain yang menyudahkannya bagi pihak kita...

Tapi ingatlah, kalau kita boleh mula dan selesaikan untuk isi perut kita dengan makanan, semacam itu jugalah kita perlu usaha sehingga kerja yang kita buat sekarang selesai...



Baiklah, sampai sini sahaja coretan daripada saya.
Semoga dapat memberi motivasi dan menyuntik semangat mereka yang merancang untuk berputus asa.
Semoga berjumpa di post yang akan datang.

Assalamualaikum....

-TERIMA KASIH ALLAH-

#Selalu doakan MH370#


No comments:

Post a Comment