Assalamualaikum...
Selamat Pagi...
Diucapkan kepada semua pembaca blog ini yang tetap setia menanti post-post saya pada setiap minggu.
Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik agar bisa menghadapi setiap ujian hidup yang didatangkan kepada kita tanpa kita duga...
Keberanian...:)
Apa itu keberanian?
Siapakah yang berani?
Adakah kita berani?
Adakah dengan terjun daripada tingkat 100 itu dikira berani?
Atau...
Lompat daripada tingkat 200 ke tingkat 100 itu berani?
Keberanian apa yang kita hendak bincang kali ini???
Sebenarnya...
Tidak dinafikan bahawa mereka yang lompat atau terjun daripada tingkat yang paling atas ke tingkat yang paling bawah adalah dikira berani...
Akan tetapi itu semua berani pada benda yang agak mustahil dan mencabar.
Ramai daripada kita yang menganggap bahawa definisi keberanian adalah apabila kita mampu melakukan perkara yang mencabar dan ramai manusia takut untuk melakukannya...
Tetapi...
Bagi saya keberanian itu bukanlah setakat berani dan mampu melakukan perkara-perkara yang menguji ketahanan dan kekuatan mental dan badan,
Tetapi...
Keberanian yang sebenar ialah apabila kita mampu dan berani untuk mencuba perkara-perkara yang kita takuti.
Berani untuk bertanyakan soalan di dalam kelas...
Berani untuk menyuarakan pendapat kita...
Berani untuk mengetuai sesebuah kumpulan...
Berani untuk pergi berjumpa dengan masyarakat luar...
Berani untuk berinteraksi dengan orang luar...
Itu semua adalah erti KEBERANIAN yang sebenar bagi saya...
Seseorang yang hebat dan berani adalah mereka yang berani untuk mencuba sesuatu yang tidak pernah mereka lakukan...
Mencuba sesuatu yang mereka takuti selama ini untuk lakukan...
Saya akui...
Memang agak susah dan sukar sekali apabila kita di'paksa' keluar daripada zon selesa kita yang selamat dan aman ini...
Namun begitu,
Sampai bilakah kita akan terus membiarkan diri kita terus mundur dan kebelakang sedangkan masyarakat sekarang berlumba-lumba untuk kehadapan dan terus maju...
Ayuh semua,
'Bangun' daripada 'tempat tidur' kita yang selesa ini,
'Angkat'lah kepala kita daripada 'bantal' yang empuk ini,
Dan...
Beranikan diri kita serta perbaharui hidup kita dengan melakukan perkara yang selama ini kita takuti...(perkara yang ditakuti yang saya maksudkan di sini adalah perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan hukum syara')
Baiklah,
Sampai di sini sahaja perbincangan kita,
Jangan lupa untuk menantikan post saya yang berikutnya di lain masa,
Semoga bertemu lagi di post yang akan datang.
Assalamualaikum...
-TERIMA KASIH ALLAH-
No comments:
Post a Comment