Monday, April 7, 2014

HARGAILAH MEREKA... :)

Assalamualaikum...
Selamat Malam...
Diucapkan kepada anda semua yang tetap setia menemani dan membaca setiap coretan saya...
Semoga setiap coretan saya memberi anda motivasi dalam meneruskan hidup kita di bumi Allah s.w.t. ini.
Dan semoga kita diberikan kesihatan yang baik dalam menyusuri hidup yang penuh onak duri ini.



Kita perlulah bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana selalu bersama kita walau di mana sahaja kita berada.
Selain itu, Dia jualah yang mengurniakan kita insan-insan yang selalu berada di sekeliling kita tatkala kita gembira, sedih, resah, gelisah, dan lain-lain perasaan yang rasanya perlu diluahkan pada seseorang.

Hargailah insan-insan tersebut...
Tidak kiralah samaada mereka ibubapa kita...
Atau sahabat kita...
Atau mereka yang ada pertalian persaudaraan dengan kita...
Apatah lagi mereka yang tidak ada apa-apa pertalian darah dengan kita walaupun kita baru berjumpa dengan mereka beberapa minit sahaja...

Hargailah mereka...
Mereka hadir di saat kita amat memerlukan mereka...
Mereka hadir di saat kita buntu berdepan dengan masalah yang mendatang dalam hidup...
dan...
Mereka hadir di saat air mata yang bergelinang ini tidak mampu lagi kita tahannya daripada mengalir membasahi pipi...

Hargailah mereka...
Walaupun mereka...
Anda sudah lama mengenali mereka...(ibubapa dan adik-beradik)
Walaupun mereka...
Tidak selalu anda temui...(sahabat handai)
Walaupun mereka...
Baru ditemui beberapa tahun sahaja...
Beberapa bulan sahaja...
Beberapa hari sahaja...
Beberapa jam sahaja...
Beberapa minit sahaja...
Hatta beberapa saat  sahaja sekalipun...
Marilah kita hargai mereka walaupun mereka tidak pernah menunjukkan penghargaan mereka terhadap kita...
Kerena...
Jauh disudut hati mereka mungkin terselit satu rasa syukur kerana dipertemukan dengan diri kita dan menjadi sebahagian daripada hidup kita...
Bersyukur walau siapapun yang anda temui...
Walaupun mereka berbeza usia dengan kita...
Berbeza agama dengan kita...
Hatta berbeza jantina dengan kita...
Hargailah mereka kerana tatkala kita tidak berbuat demikian, mungkin ada orang di luar sana yang lebih menghargai mereka daripada kita...

Semoga dengan coretan saya ini dapat menyedar dan menyentuh hati kita agar sentiasa bersyukur dan menghargai setiap insan yang hadir dalam hidup kita.
Terima kasih kerana sudi membaca post saya dan jangan lupa untuk menantikan post saya akan datang.

Assalamualaikum

-TERIMA KASIH ALLAH-




No comments:

Post a Comment