Assalamualaikum...
Selamat malam...
Diucapkan kepada semua yang setia menunggu dan membaca coretan dari saya.
Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik oleh Allah dalam menempuhi hidup kita yang penuh onak dan duri ini.
Baiklah, perkongsian kita pada post kali ini adalah berkaitan 360 DEGREE FEEDBACKS.
Apa itu?
360 DEGREE FEEDBACKS ialah salah satu cara untuk kita menilai diri kita berdasarkan pendapat dan dari segi perspektif orang lain atau lebih tepat lagi dari kaca mata mereka.
Kita perlulah mempunyai rasa ingin tahu akan pendapat orang lain tentang kekuatan dan kelemahan diri kita.
Dengan itu, kita dapat menilai kembali dan memperbaiki kesilapan kita.
Manusia belajar daripada kesilapan yang telah dilakukan.
Walaupun agak sukar untuk meminta orang lain menilai diri kita dek kerana sifat malu yang berbekas dalam diri, hal ini sedikit sebanyak akan membantutkan usaha kita untuk menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya.
Kita mungkin akan berasa takut akan perspektif dan pendapat orang lain tentang diri kita apatah lagi tentang kelemahan dan bukannya kekuatan yang mana sedikit sebanyak menyejukkan hati yang takut untuk melihat di bahagian kelemahan yang mereka tulis dan nilai pada diri kita.
Tapi percayalah,
Setelah kita meminta orang lain menilai kekuatan dan kelemahan kita kemudian menerima feedback daripada mereka, kita akan tahu di mana letaknya kekuatan kita sekaligus berusaha untuk memperbaiki kelemahan yang orang lain nampak dalam diri kita.
Tidak dapat dinafikan bahawa penilaian manusia itu tidak penting kerana apa yang kita lihat pada diri kita, itulah yang sebenar-benarnya...
Tetapi...
Penilaian manusialah yang dapat membantu diri kita agar dapat melihat kelemahan yang ada dalam diri kita yang kita sendiri tidak nampak.
Oleh itu,
Beranikanlah diri anda untuk mengetahui dan menanya pendapat orang lain tentang kekuatan dan kelemahan diri anda apatah lagi bertanya kepada musuh ketat dan juga orang yang ada tidak kenali.
Baiklah, sampai di sini sahaja coretan dan perkongsian ilmu kita.
Terima kasih kerana sudi menunggu dan membaca setiap baris ayat yang kutaip.
Minta perhatian : In shaa Allah, jadual untuk saya update dan post adalah pada hari Jumaat dan Ahad. In shaa Allah... semoga dipermudahkan oleh Allah.
Jumpa lagi pada post yang akan datang.
Assalamualaikum...
-TERIMA KASIH ALLAH-
No comments:
Post a Comment